memandangkan tak boleh tido...so..I wat blogwalking la...masuk dari 1 blog ke 1 blog..tiba2 tertarik dengan 1 n3...
n3 berkisahkan tentang MENCARI CINTA..haih...mcm tau2 jer apa kata hati Nabilah nie..hehe..so...di pagi yang hening ini...I nak kongsikan beberapa tips dalam MENCARI CINTA
mana-mana blogger yang juga sedang mencari cinta....jom....
tapi kene jawab soalan ini dulu...adakah anda sedang mengenali seseorang...??
tanya hati anda..ya..atau tidak...
jika tidak..cari la dulu....huhu..
jika ya..adakah anda sudah bersedia untuk menerima cinta..??
andai jawapan anda "ya...saya sudah bersedia...."
jom ikuti tips-tips ini...adakah dia sesuai unutk kamu..atau tiadak...
PUNYAI BANYAK PERSAMAAN
Hasil penelitian menyatakan, perkahwinan yang paling stabil adalah pernikahan yang membabitkan dua orang dengan banyak persamaan. Jenis persamaan itu tidak terlalu penting tetapi semua itu adalah modal untuk menjadikan hubungan semakin mantap.
Menikmati semua aspek kehidupan bersama adalah antara rahsia pasangan sejati. Tidak perlu orang lain untuk membuat anda berdua bahagia. Apakah anda sudah merasakannya? Jika ya, jangan lepaskan dia.
KEPENTINGAN ANDA ADALAH SEGALANYA
“Cinta dimulai ketika seseorang menemukan bahawa keinginan orang lain sama pentingnya dengan hasrat hatinya sendiri.” (Harry Stack Sullivan).
Daripada bahasa tubuh dan sikapnya selama ini, terlihat jelas dia memperlakukan anda sebagai orang terpenting dalam hidupnya.
Bahkan, dia sering mementingkan sesuatu untuk keperluan diri dan sekali gus dia memikirkan diri anda. Jika ini yang ada pada peribadinya, mungkin dia yang anda cari.
Justeru, cinta abadi membabitkan komitmen rela berkorban untuk kebahagiaan pasangan lalu jangan memikirkan orang lain di fikiran. Percayalah bahawa dialah milik cinta sejati anda.
Cuba ingat, pernahkah dia menarik muka masam saat melihat anda memakai baju yang tidak menepati seleranya? Dia barangkali pernah menegur gaya pakaian anda yang agak menjolok mata atau sebenarnya gaya pakaian anda membuatkan dia tidak senang kerana takut ada lelaki lain akan memberi perhatian lebih kepada anda.
Atau anda pernah ditegurnya tanpa disedari gara-gara memotong rambut tanpa pengetahuannya?
Namun, dia sentiasa pandai mengambil hati dan tegurannya jarang menyakitkan. Sebaiknya, fikirlah jika anda berkira-kira untuk memilih dia menjadi kekasih sejati. Cinta sejati adalah cinta tanpa syarat yang mampu menerima pasangan seadanya.
Setiap kali anda berbicara padanya, tidak sedetik pun perhatiannya beralih. Dia pendengar yang baik, mampu mendengar anda berbicara berjam-jam lamanya tanpa rasa bosan, penuh perhatian dan mengerti apa yang anda diinginkan.
Untuk urusan apa sekalipun, dia selalu berusaha untuk menepati waktunya. Janji bertemu jam tujuh malam, dia sudah tiba di tempat setengah jam lebih awal.
Baginya, lebih baik dia yang sampai dulu atau menjadi penunggu setia daripada membiarkan anda menunggu. Apalagi jika tempat pertemuan agak janggal untuk dirinya tetapi dia sentiasa mahu anda didahulukan.
Tanpa sebarang ucapan, anda mampu mengetahui apa yang tersirat di hati masing-masing.
Anda berdua bagaikan dapat saling membaca fikiran dan menduga reaksi serta perasaan pasangan pada situasi apa sekalipun. Bila anda sudah merasakan hal sedemikian, selamat! Mungkin dialah belahan jiwa anda.
so readers...ada tak ciri2 yang dah disebutkan di atas tadi ada pada Si Dia..?? andai ada...bagus la...andai tiada...hrumm.....Nabilah rasa harus difikir2 kan semula...
apa pula kata hati Nabilah...?? erm.....leh tak..if I cakap..no comment..?? hehehehe...
erm...okla...dalam banyk2 tips tu..ada la 2 or 3 tips yang ada..bukan la 100%...mungkin perlu teruskan pencarian lagi...atau terus menanti..entah la...just wait and see jer la...hehe..
special thanks to MISS SAIFA cz..I terjumpa n3 nie dari blog MISS SAIFA
masa tgh wat blogwalking td...thnks again MISS SAIFA...
4 comments:
npe ni xlleh tdo?? nk kne tag lg ke??? hehehehe de sme2 90% aien ng dia..yeah!hehehe
haha..dah kene tag pun...hehe..
yr ke dh 90% alhamdullilah...moga akan mencapai 100%..
semoga aien dgn c dia berbahagia selalu..terus kekal bersama buat selamanya..Amin..(^_^)
amboi siap de tips lagi..tq nice sharing..
u r most welcome azah...sharing is carring kn..? (^_^)
Post a Comment