Thursday, January 03, 2013

DATANG PADA WAKTUNYA


Masih ingat I pernah review novel PLANET PLANET CINTA ?

Ha....hari ni I nak review pulak novel DATANG PADA WAKTUNYA dari penulis yang sama iaitu    MARIA KAJIWA .I dah jatuh cinta pada cara penulisan beliau.

Jika di PLANET PLANET CINTA beliau membawa pembacanya ke masa hadapan...meneroka angkasa lepas..kali ini dalam novel membawa kita ke zaman 1960'an..

photo credit
Mungkin macam ni gambaran Kampung Durian Lima (^_^)

Bayangkan kita di zaman serba moden ni...tiba-tiba kena hidup dalam zaman 1960'an di sebuah kampung yang tiada kemudahan elektrik, air...jalan....kenderaan apa tah lagi..macam kita tengok cerita P. Ramlee dulu...

Menceritakan  tentang rancangan membina jambatan di Kampung Durian Lima di Pahang yang masih terbengkalai sejak 45 tahun yang lalu, ramai pegawai yang datang ke sana hilang tampa jejak. Tiba giliran Edri pergi ke kampung itu, di sana lah dia merasa kehidupan kampung, betul-betul kampung.

Maria Kajiwa bawa kita rasa macam mana kehidupan di zaman itu. Macam mana meriahnya majlis perkahwinan dulu, semua orang kampung datang membantu.Ada majlis inai besar, inai kecil, majlis inai curi-curi. Orang-orang lelaki masuk kampung cari umbut, cari buluh dari kayu untuk dibuat balai.

Gadis-gadis kampung masih malu-malu untuk bercakap dengan orang lelaki. Kemeriahan Pekan Sari, lipstik daripada kertas...macam-macam lagi lah..

photo credit
mungkin macam ni la agaknya rupa Pekan Sari..
 
Edri jadi pelik bila sampai je ke kampung tu, telefon tak ada line, jam rosak..mata wang berbeza termasuk la cara pemakaian pun turut berbeza..tapi kedatangannya bersama dengan Adam di layan baik oleh Tok Empat iaitu Ketua Kampung.

Kisah Edri yang jatuh cinta pada gadis kampung bernama Saleha, macam mana tentangan habis-habisan Hasan si jaguh kampung terhadap Endri yang cuba merampas Saleha daripadanya..?

photo credit
mungkin macam ni rupanya kedai runcit Ah Chong...satu-satunya kedai runcit di situ..

Berjaya kah Edri selesaikan masalah jambatan itu? macam mana dengan cintanya dengan Saleha dan dapatkan Edri merungkaikan misteri pegawai-pegawai yang hilang itu..?

I tak boleh la cerita semua....kalau minat nak baca...cari eh kat kedai buku... (^_^)

p/s: Dah dua novel I baca...sangat tidak menghampakan...I nak cari lagi novel beliau yang lain..and...I juga sedang nanti-nantikan kelahiran novel ke dua Cik Aliesha Kirana kita...dengar-dengar manuskrip dah siap....bila nak keluarnya...? (^_^)V 

11 comments:

Aliesha Kirana said...

Maria Kajiwa! akak ni ada juga menulis under penerbit yg sama dgn AK. tajuk novel dia under KaryaSeni>>Erti Cinta. kisah hantu. hihihih.

Errkk soalan maut sekali. doa2kan AK yer, heheehe. tak sure bila, hrp2 lepas la untuk terbit. ^__^

FR said...

wah akak siap imagine lagi suasana tu cemana. hehehe.

dhiera zainudin said...

tinggi ye imaginasi kamu. ini tanda betul2 menghayati ni~~

Unknown said...

minat sungguh Nabilah baca novel kan...:)

Iznie said...

ya Allah...sama mcm idea saya. bru nak tulis novel pasal zmn 60-an...time travel punya konsep. hehe. tapi novel ni mcm menarik je..papepun tak sabar nk try novel ni. :) tunggu baucer buku dulu...ngeh3.

Afasz said...

cerita zaman lama betul ni..

Unknown said...

Salam perkenalan n salam ukhwah.seronok nmpknye novel ni. nk kena Cari kat kedai ni.
sudi datang blog saya..
nabihahsejutarasa.blogspot.com

intanfirdaus247 said...

kak intan ngah imagine..adoeh x boleh hidup la rasa sebab kita dah zaman moden da...yang , dapat x adiah kat intan dah sent dari minggu lepas..tempek setem 1.20 rm lagi..hahaha...

Kakzakie Purvit said...

Kalau baca novel memang ralit kita dibuatnya. Bijak juga poengarang membawa pembaca ke dunia dulu-dulu. Lipstik pakai kertas? tak terbayang macam mana sebab belum baca novelnya.

kinara kinatara said...

wah harus di cari nie..:)

asliner said...

wuhuhuhu..
kite nie tak minat nak baca novel..
(-_-)..
mesti rugi tak baca..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...