Showing posts with label maria kajiwa. Show all posts
Showing posts with label maria kajiwa. Show all posts

Thursday, January 03, 2013

DATANG PADA WAKTUNYA


Masih ingat I pernah review novel PLANET PLANET CINTA ?

Ha....hari ni I nak review pulak novel DATANG PADA WAKTUNYA dari penulis yang sama iaitu    MARIA KAJIWA .I dah jatuh cinta pada cara penulisan beliau.

Jika di PLANET PLANET CINTA beliau membawa pembacanya ke masa hadapan...meneroka angkasa lepas..kali ini dalam novel membawa kita ke zaman 1960'an..

photo credit
Mungkin macam ni gambaran Kampung Durian Lima (^_^)

Bayangkan kita di zaman serba moden ni...tiba-tiba kena hidup dalam zaman 1960'an di sebuah kampung yang tiada kemudahan elektrik, air...jalan....kenderaan apa tah lagi..macam kita tengok cerita P. Ramlee dulu...

Menceritakan  tentang rancangan membina jambatan di Kampung Durian Lima di Pahang yang masih terbengkalai sejak 45 tahun yang lalu, ramai pegawai yang datang ke sana hilang tampa jejak. Tiba giliran Edri pergi ke kampung itu, di sana lah dia merasa kehidupan kampung, betul-betul kampung.

Maria Kajiwa bawa kita rasa macam mana kehidupan di zaman itu. Macam mana meriahnya majlis perkahwinan dulu, semua orang kampung datang membantu.Ada majlis inai besar, inai kecil, majlis inai curi-curi. Orang-orang lelaki masuk kampung cari umbut, cari buluh dari kayu untuk dibuat balai.

Gadis-gadis kampung masih malu-malu untuk bercakap dengan orang lelaki. Kemeriahan Pekan Sari, lipstik daripada kertas...macam-macam lagi lah..

photo credit
mungkin macam ni la agaknya rupa Pekan Sari..
 
Edri jadi pelik bila sampai je ke kampung tu, telefon tak ada line, jam rosak..mata wang berbeza termasuk la cara pemakaian pun turut berbeza..tapi kedatangannya bersama dengan Adam di layan baik oleh Tok Empat iaitu Ketua Kampung.

Kisah Edri yang jatuh cinta pada gadis kampung bernama Saleha, macam mana tentangan habis-habisan Hasan si jaguh kampung terhadap Endri yang cuba merampas Saleha daripadanya..?

photo credit
mungkin macam ni rupanya kedai runcit Ah Chong...satu-satunya kedai runcit di situ..

Berjaya kah Edri selesaikan masalah jambatan itu? macam mana dengan cintanya dengan Saleha dan dapatkan Edri merungkaikan misteri pegawai-pegawai yang hilang itu..?

I tak boleh la cerita semua....kalau minat nak baca...cari eh kat kedai buku... (^_^)

p/s: Dah dua novel I baca...sangat tidak menghampakan...I nak cari lagi novel beliau yang lain..and...I juga sedang nanti-nantikan kelahiran novel ke dua Cik Aliesha Kirana kita...dengar-dengar manuskrip dah siap....bila nak keluarnya...? (^_^)V 

Monday, September 24, 2012

PLANET PLANET CINTA


Hari ni nak share pasal novel yang I tengah baca...novel ni dah lama keluar di pasaran...tapi I baru nak baca...huhu..

Bila I dah start baca..tapi susah nak berhenti..maknanya best la cerita tu..tapi masih belum sempat nak habiskan...(^_^)

Lain dari yang lain..di mana penulis Maria Kajiwa bawa kita mengembara ke angkasa lepas..
boleh bayangkan tak ada tamadun manusia di planet-planet lain selain daripada Bumi ?

Bagaimana berbezanya persekitaran planet-planet yang lain....
Mengembara dari satu planet ke satu planet dengan spaceship..?
Membayangkan keadaan Bumi yang ketika itu serba moden..

Percintaan di antara bakal pemerintah Planet Jupiter Puteri Elara dan seorang Profesor dari Bumi Ananke..
biasa lah...kalau tak ada halangan..tak thrill la kan..?

Ibu nya seorang Ratu yang memerintah Jupiter dan dia pula akan mengambil alih tugas ibunya...
Puteri Elara tersepit antara cinta ataupun tanggungjawab yang diwarisi dari turun temurun...

Adakah dia akan mengorbankan cintanya untuk Jupiter ataupun memilih untuk tinggal di bumi bersama-sama Ananke...? (^_^)
Nak tahu..you all cari la novel ni yupp.. 

I tak beli pun..cuma pinjam dari library..
Library Awam di UTC Melaka sangat superb!

Internet (Wi-Fi) free...no password..
Buku-buku semua baru-baru....yang terkini dipasaran....

I memang rambang mata nak pilih buku mana yang boleh dipinjam..

seorang ahli..3 buah buku..
3 beradik...9 buah buku la kan..? (^_^) 
semua buku-buku ni best tau...larat tak larat je nak baca.. 

yg ni dah pulang...tu yg dapat pinjam novel Planet Planet Cinta pula..

Dulu kan.. I pernah berangan nak kerja kat perpustakaan...pernah juga mohon nak sambung belajar dalam bidang ni...masa sekolah dulu pun I pengawas perpustakaan tau..tapi tu la..tak dapat...dah ditakdirkan I terperuk kat tempat kerja ni..huhu.... ;P 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...