Showing posts with label novel. Show all posts
Showing posts with label novel. Show all posts

Thursday, November 20, 2014

DIA ISTERI LUAR BIASA

Assalammualaikum.... (^_^)

Rabak mata I hari ni...lemaunya rasa.....tidur lewat..bangun awal...huhuhu...

Kenapa....? semua kerana DIA ISTERI LUAR BIASA....!!!!

Siapa Isteri Luar Biasa tu....??

Yang ni....


Ceh...novel rupa-rupa nya eh...?? heeee...maaf...
Sebab tu la I malas nak baca novel..bila rasa cerita menarik..memang susah nak berhenti...akhirnya sanggup tak tido semata-mata nak habiskan baca novel ni..
Buruk betul perangai....

Sudahnya diri sendiri merana...

Apa pun...I nak bagitahu..kepada peminat novel melayu...cerita ni best...memang agak luar biasa jalan ceritanya...

Dewi Yusra sangat anti dengan lelaki...tapi mahukan zuriat sendiri untuk menyambung legasi perniagaan Nasi Ayam nya...Dewi Yusra tak mahu anak angkat, dia mahu anak dari darah dagingnya sendiri.. kalau dah anti dengan lelaki...macam mana nak dapat anak.. ??

Dia sanggup jumpa doktor untuk melahirkan anak tampa perlu berkahwin...gila memang gila...malah ditegah oleh agama..malangnya plannya tidak menjadi..doktor-doktor yang dia jumpa semua tidak mahu bersubahat dalam melaksanakan plan gila dia. 

Tiada jalan lain, selain berkahwin. Tapi macam mana....??

Plannya bermula bila dia secara tidak sengaja bertemu dengan Raden Amzar, apa terjadi...??

Ha...yang tu you all kena baca sendiri lah...tak leh cerita lebih-lebih... (^_^)V

Okey lah...sampai sini dulu, nanti I cerita lagi..sorry tak sempat nak menjengah... :)





p/s : hmm...lama dah I tinggalkan aktiviti penulisan kat blog sinun tu...dah setahun lebih kot tak berupdate...huhu...entahlah...tak ada masa nak berfantasi sekaligus menzahirkan dengan perkataan..huh! bunyi macam I ni busy bebenor kan...?? :)

Thursday, January 03, 2013

DATANG PADA WAKTUNYA


Masih ingat I pernah review novel PLANET PLANET CINTA ?

Ha....hari ni I nak review pulak novel DATANG PADA WAKTUNYA dari penulis yang sama iaitu    MARIA KAJIWA .I dah jatuh cinta pada cara penulisan beliau.

Jika di PLANET PLANET CINTA beliau membawa pembacanya ke masa hadapan...meneroka angkasa lepas..kali ini dalam novel membawa kita ke zaman 1960'an..

photo credit
Mungkin macam ni gambaran Kampung Durian Lima (^_^)

Bayangkan kita di zaman serba moden ni...tiba-tiba kena hidup dalam zaman 1960'an di sebuah kampung yang tiada kemudahan elektrik, air...jalan....kenderaan apa tah lagi..macam kita tengok cerita P. Ramlee dulu...

Menceritakan  tentang rancangan membina jambatan di Kampung Durian Lima di Pahang yang masih terbengkalai sejak 45 tahun yang lalu, ramai pegawai yang datang ke sana hilang tampa jejak. Tiba giliran Edri pergi ke kampung itu, di sana lah dia merasa kehidupan kampung, betul-betul kampung.

Maria Kajiwa bawa kita rasa macam mana kehidupan di zaman itu. Macam mana meriahnya majlis perkahwinan dulu, semua orang kampung datang membantu.Ada majlis inai besar, inai kecil, majlis inai curi-curi. Orang-orang lelaki masuk kampung cari umbut, cari buluh dari kayu untuk dibuat balai.

Gadis-gadis kampung masih malu-malu untuk bercakap dengan orang lelaki. Kemeriahan Pekan Sari, lipstik daripada kertas...macam-macam lagi lah..

photo credit
mungkin macam ni la agaknya rupa Pekan Sari..
 
Edri jadi pelik bila sampai je ke kampung tu, telefon tak ada line, jam rosak..mata wang berbeza termasuk la cara pemakaian pun turut berbeza..tapi kedatangannya bersama dengan Adam di layan baik oleh Tok Empat iaitu Ketua Kampung.

Kisah Edri yang jatuh cinta pada gadis kampung bernama Saleha, macam mana tentangan habis-habisan Hasan si jaguh kampung terhadap Endri yang cuba merampas Saleha daripadanya..?

photo credit
mungkin macam ni rupanya kedai runcit Ah Chong...satu-satunya kedai runcit di situ..

Berjaya kah Edri selesaikan masalah jambatan itu? macam mana dengan cintanya dengan Saleha dan dapatkan Edri merungkaikan misteri pegawai-pegawai yang hilang itu..?

I tak boleh la cerita semua....kalau minat nak baca...cari eh kat kedai buku... (^_^)

p/s: Dah dua novel I baca...sangat tidak menghampakan...I nak cari lagi novel beliau yang lain..and...I juga sedang nanti-nantikan kelahiran novel ke dua Cik Aliesha Kirana kita...dengar-dengar manuskrip dah siap....bila nak keluarnya...? (^_^)V 

Monday, September 24, 2012

PLANET PLANET CINTA


Hari ni nak share pasal novel yang I tengah baca...novel ni dah lama keluar di pasaran...tapi I baru nak baca...huhu..

Bila I dah start baca..tapi susah nak berhenti..maknanya best la cerita tu..tapi masih belum sempat nak habiskan...(^_^)

Lain dari yang lain..di mana penulis Maria Kajiwa bawa kita mengembara ke angkasa lepas..
boleh bayangkan tak ada tamadun manusia di planet-planet lain selain daripada Bumi ?

Bagaimana berbezanya persekitaran planet-planet yang lain....
Mengembara dari satu planet ke satu planet dengan spaceship..?
Membayangkan keadaan Bumi yang ketika itu serba moden..

Percintaan di antara bakal pemerintah Planet Jupiter Puteri Elara dan seorang Profesor dari Bumi Ananke..
biasa lah...kalau tak ada halangan..tak thrill la kan..?

Ibu nya seorang Ratu yang memerintah Jupiter dan dia pula akan mengambil alih tugas ibunya...
Puteri Elara tersepit antara cinta ataupun tanggungjawab yang diwarisi dari turun temurun...

Adakah dia akan mengorbankan cintanya untuk Jupiter ataupun memilih untuk tinggal di bumi bersama-sama Ananke...? (^_^)
Nak tahu..you all cari la novel ni yupp.. 

I tak beli pun..cuma pinjam dari library..
Library Awam di UTC Melaka sangat superb!

Internet (Wi-Fi) free...no password..
Buku-buku semua baru-baru....yang terkini dipasaran....

I memang rambang mata nak pilih buku mana yang boleh dipinjam..

seorang ahli..3 buah buku..
3 beradik...9 buah buku la kan..? (^_^) 
semua buku-buku ni best tau...larat tak larat je nak baca.. 

yg ni dah pulang...tu yg dapat pinjam novel Planet Planet Cinta pula..

Dulu kan.. I pernah berangan nak kerja kat perpustakaan...pernah juga mohon nak sambung belajar dalam bidang ni...masa sekolah dulu pun I pengawas perpustakaan tau..tapi tu la..tak dapat...dah ditakdirkan I terperuk kat tempat kerja ni..huhu.... ;P 

Thursday, May 17, 2012

DENYUT KASIH MEDIK


Hari ni nak review novel la....

novel yang cukup menarik tuk kita baca...

DENYUT KASIH MEDIK

 ditulis oleh seorang doktor....iaitu Dr. Farhan Hadi

Mengisahkan seorang doktor muda, Doktor Muslih yang baru sahaja mula bertugas sebaik sahaja tamat pelajaran, dalam novel ni bukan sahaja menceritakan kisah seorang doktor..malah diselitkan dengan kefahaman ilmu-ilmu perubatan,wanita dan cinta dalam Islam..

Banyak ilmu yang boleh kita dapat dari novel ni tau.....best sangat..sangat..!!

Kita yang baca ni..rasa seolah-olah kita sama-sama berada di hospital, lihat sendiri macam mana Doktor Muslih bekerja...

antara pengisian dalam novel ni...

Kena jadi doktor pelatih dulu juga dikenali sebagai Doktor HO (Houseman)....setiap satu ward..kena jalani latihan selama 4 ke 5 bulan... lepas tu baru dapat tittle Doktor MO (Medical Officer) dan kemudiannya naik menjadi pakar..

Waktu kerja doktor tak tentu masa...lagi-lagi bila kena on call...baru nak suap makanan dah kena panggil...solat susah nak dapat pada awal waktu...hujung-hujung...kalau tak sempat terpaksa jamak..

Sungguhpun sibuk...Doktor Muslih tidak pernah abaikan solat...dia akan cuba cari masa tuk solat...tak kisah kalau tak makan ataupun rehat...

banyak isu-isu semasa diceritakan....kisah mat rempit....pengguguran bayi..pembuangan bayi....rokok...dadah..cinta monyet...dan juga cinta dalam Islam dan lain-lain lagi..

cuba tengok gambar di atas, ada kongsikan info tentang darah haid dan darah berpenyakit bagi orang perempuan..
sebab kenapa bayi perempuan perlu di khatankan...

Doktor Muslih juga melahirkan kekecewaannya bila dia mendapati hampir 80% pesakit tidak solat....bila di tanya...alasan sakit...

dalam merawat..Doktor Muslih sempat memberikan sedikit nasihat buat pesakit...

tips mencari jodoh...

I suka sangat cara Doktor Muslih berkahwin dengan isterinya...percaya tak..sebelum kahwin..dia tak pernah lihat wajah isterinya dengan jelas...ada pun gambar sangat kabur..

Dia tidak kisah akan fizial..rupa mahupun berbezaan umur....yang dia kisahkan adalah agamanya...

Masa bertunang pun..dia tak melihat wajah tunangnya....masa berhubung pun hanya melalui email...itu pun berbincang tentang persiapan kahwin dan semua email-email itu akan di CC kan pada orang yang mereka percaya...

Setelah akad nikah dilafazkan baru lah Doktor Musluh lihat isterinya.....

Hmmmm..... rasanya zaman sekarang ni ada tak pasangan yang macam ni...? huhu..(^_^)

 sila la dapatkan novel ini untuk bacaan sepenuhnya... (^_^)

 kalau ada masa nanti..I nak cari novel isteri dia pula...sambungan dari kisah ni juga.....
tajuk buku itu..Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul


actually banyak dah novel-novel yang pasangan suami isteri ni dah terbitkan.. I je lambat..baru tahu akan novel ni..huhu..

kalau nak dapatkan secara on9..boleh beli terus daripada penulis....meh singgah blog Fatimah Syarha di
 
 p/s : curi-curi masa di waktu pagi dengan membaca...dapat lah elakkan tidur selepas Subuh... (^_^)

Tuesday, April 17, 2012

CINTA YANG TERLEWAT




Masa mula-mula tengok cover....macam tak best je cerita ni.....tengok kat belakang...baca sinopsis..tak dapat nak agak macam mana jalan ceritanya....

tapi bila dah mula baca.......susah nak berhenti la pulak...

setiap watak saling berkait antara satu sama lain..seperti dalam satu bulatan..

Jalan cerita yang menarik...seorang doktor muda Muhammad Fahim yang kematian isteri yang sangat dicintai semasa mereka sama-sama belajar di Jordan...membawa balik bayi yang masih merah Sarah Nisa ke Malaysia.

photo credit
( I dok terbayangkan dia ni menjadi Muhammad Fahim)

Bertemu pula dengan Nissa seorang balu yang sarat hamil dan dalam masa yang sama menderita barah otak...

Muhammad Fahim melamar Nissa, niatnya hanya satu...bukan kerana atas dasar cinta..dia hanya ingin membantu, ingin memberikan keluarga kepada anak yang baru lahir itu Fahimah Nisa..

Namun setelah ikatan perkahwinan terjalin, bunga-bunga cinta mulai mekar...namun.....bahagia itu sementara cuma, Allah lebih sayangkan Nissa....

photo credit

Ujian yang Allah turunkan kepada Muhammad Fahim sangat-sangat berat...dua kali dia diuji..namun dia tetap tabah melalui hari-hari yang mendatang.....anak-anak penguat semangatnya...

Part akhir......sangat-sangat sedih....mengalir air mata dibuatnya....

Kepada pembaca novel tegar...boleh cuba cari novel ni...awal tahun ni juga keluarannya...
(^_^)


p/s: I dah lama draft entri ni...dek kerana kesibukkan yang tak sudah2...so I publish dulu la cerita ni... lately ni dah tak boleh nak aktif blogging macam dulu..bebanan kerja semakin bertambah...maaf kalau jarang nampak I singgah ke blog you all.. (^_^)

Friday, March 30, 2012

NOVEL LOVE YOU MR ARROGANT


ha..masih ingat dengan entri semalam....? 

ok..hari ni I nak bagi tau apa la isi kandungannya.....

kiriman yang di datangkan khas dari...


tahniah di ucapkan di atas kelahiran novel sulong beliau....
 
ini la novelnya..... bersinar-sinar mata bila I dapat tau...hehe... 

nah..apa yang I hajatkan termakbul....

actually... I dok fikir..macam mana nak dapatkan autograf AK
kalau beli secara on9...cara dia macam leceh je...

so..datang la 1 idea....I beli dulu..kemudian pos kan pada AK dan lepas turunkan tandatangan...minta tolong poskan kembali pada I...haaa........sampai gitu sekali I plan tau...hehe..(^_^)

tapi...alhamdulillah....dengan murah hatinya AK nak berikan novelnya pada I...weeehhuuu.......!!
terima kasih yang tak terhingga tuk AK 

Bagaimana jalan ceritanya....? 
mesti la best.....tak sesak nafas sangat bila membaca...lebih pada geram...ada kalanya you all akan ketawa or tersenyum sendiri...

dah mula baca susah nak berhenti....

Hero dalam cerita ni...Zafriel Irham. Sifat dia, cara dia, sangat-sangat I suka. Pendekkan cerita I suka la lelaki macam dia...ngeee.... (^_^)

Takde nak bunga-bunga sangat...nak mengayat bagai...ego tinggi melangit...tapi bila dapat turunkan ego dia...itu adalah satu kemenangan..macam Zaara Amirah buat pada Zafriel Irham...

bila dah sayang..dia akan sayang sepenuh hati...tapi bila dia terluka...mungkin tiada maaf bagi mu....

Tuk Zaara Amirah...kalau I kata..I dok bayangkan diri sendiri..boleh terima tak..? hahahaha...
ok..ok..ampun......sebab perasan sendiri...(@_@)

budak lorat ni yang rasmikan dulu...orang tak baca lagi..dia dah baca dulu.....lepas dah kena kerah suh masuk tidur..baru lah novel ni bertukar tangan...

baru la sempat I nak belek-belek....dan start membaca...

tak habis lagi ni...ada lagi sikit....

you all yang minat baca novel...boleh la beli...dah berada di pasaran tau.... 
tak rugi la beli...jalan cerita tak membosankan...dalam sedih-sedih ada kelakarnya....haha...

pssst......nampak tak apa yang I nampak dalam muka penghargaan ni...? (^_^)

alahai.........

terima kasih sekali lagi..... (^_^)

Saturday, December 17, 2011

BUNGA-BUNGA KEMBOJA



photo credit
kerana Bunga-Bunga Kemboja.....pagi ini I rasa sangatt..........

photo credit
mengantuk......
sebelum keluar rumah tadi I minum 1 cawan susu campur sikit dengan nescafe.....
sampai office....1 cawan coffee 3 in 1...

baru la boleh segar sikit mata ni..huhuhu..

tapi ada apa dengan Bunga-Bunga Kemboja...sampai buatkan I mengantuk...??

V

V

V

V


I dok khatamkan Novel Bunga-Bunga Kemboja ni malam tadi...huhu...

jalan cerita pada mulanya agak boring....lama-lama best la pulak.....tu yang sampai tak tido malam...tak sabar nak tahu pengahiran cerita ini...

oh...kan best kalau hari ni cuti.....kan best kalau saat-saat begini I dapat lelapkan mata macam ni..dah la cuaca mendung je.....hmm....
tu la sendiri cari penyakit....sendiri tanggung la kan..?emo21

Tuesday, December 06, 2011

SI RATU AIR MATA



Si Ratu Air Mata...?? Siapa...??

Budak ni ke...??


haha...memang pun.......sikit-sikit nangis....emo21

actually I nak share 1 novel ni...yang bertajuk

DIARI SI RATU AIR MATA


comel kan cover novel ni...??

hak milik......budak kuat nangis ni gak..huhu..
biasa la tiap-tiap bulan....memang ada novel or majalah tuk budak ni..

kakak dia tumpang sekali...hehe..


kalau dalam hati you all kata..

" ape kes baca novel budak-budak...?"

hmm...I ada penjelasannya yang tersendiri....
novel budak-budak dah tak macam dulu..skema je...
sekarang ni dah sama taraf macam novel orang dewasa tau..

bezanya cuma jalan cerita yang lebih santai...takde seribu satu konflik yang buatkan kita sakit kepala..sesak nafas...dan sebagainya lah..hehe..

biasanya orang kata..

" don't judge a book by its cover..."

betul tak..?

ha...tengok cover comel...cerita macam best....
and terbukti cerita ni best...


Mengisahkan Hani..seorang pelajar tingkatan 4 yang dicabar oleh ayahnya untuk sekolah berasrama..dari situ lah berlaku bermacam-macam drama dari rumah..sampai la ke sekolah...

kelakar pun ada gak..hehe...

salah satu petikan dalam novel ni...di mana Si Hani ni ada secret admirer...suka bagi Hani coklat...Hani tertanya-tanya kenapa la budak lelaki tu suka kan dia..

" memang lah awak gemuk..sebab tu la Jeffryzain sukakan awak..sebab dia pun gemuk.."

hahaha....gelak sorang-sorang I baca tau..pengakuan ikhlas dari kawan Hani...




kalau you all nak relax-relax..boleh juga layan novel-novel yang simple macam ni...emo9


hmm...suka baca novel tak..?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...