Ikutkah hari ni rasa malas nak update.....cuma nak jalan-jalan sahaja ziarah blog kawan-kawan...tiba-tiba I dikejutkan dengan berita rakan blogger yang selalu singgah di sini telah pergi mengadap Ilahi...
Ya Allah..bagaikan tak percaya...baru semalam..I ziarah blog beliau..memang dia ada cerita yang dia sedang sakit.... dan esoknya beliau sudah meninggal dunia..
KISAH KEHIDUPAN
Allah.........Innalillahiwainnailaihirojiun.. (-__-)
masih sempat meninggalkan komen di sini..pada entri semalam... (-_-)
I difahamkan yang beliau meninggal selepas solat..dan masih lagi bertelekung...
boleh rujuk di sini untuk cerita penuh HERBA TIHARA
Al-fatihah buat kamu Lieyna......moga roh kamu dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.....
Al-fatihah.........
p/s : giliran Lieyna sudah....giliran kita........?
17 comments:
bila masa kita kan. Bila bila saja.
Al-Fatihah..
takziah bg keluarga arwah...
walaupon x kenal tp sesama islam haruslah sedekahkan Al-Fatihah bila mendengar berita kematian seseorang...semoga arwah ditempatkan di kalangan orang2 yg beriman amin...
assalamualaikum Nabilah....al-fatihah buat arwah...sedihkan bila teman2 pergi meninggalkan kita....masa kita ntah bila pula...:(
innalilah...
semoga arwah tenang di sana. alfatihah
Kita doakan moga Lieyna ditempatkan bersama kalangan mereka yg beriman..
Al-fatihah...
Kalau ikutkan hari ni saya nak rehat dari berblog....maaf entry hadiah FM sebelum ni, autopublish....sepatutnya saya tahan dulu entry hepi tu sebab saya tengah sedih sangat-sangat......"
ayat terkahir beliau..pada 3 july...alfatihah...
al fatihah utk arwah..
Al-Fatihah Buat Mu Lieynanilaz...sy mmg xkenal dia tp sy agakje dia staff MARDI Langkawi..sbb kami dpt berita yg dia meninggal selepas solat...di opis ni ade email yg kami terima..
Al-Fatihah
Dukacita dimaklumkan bahawa CIK ZALINA BINTI SAMIDI PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) di Stesen MARDI Langkawi telah kembali ke Rahmatullah pada petang tadi 02 Julai 2012 (Isnin) di pejabat pentadbiran. Jenazah sedang diuruskan oleh keluarganya.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Dimaklumkan bahawa jenazah dijangka sampai di KLIA pada pukul 11.00 pagi 03/07/12.. kepada yang ingin mengiringi jenazah silakan.
NO. 6092, JALAN BARAT 1
SUNGAI BESAR, SELANGOR.
ATAU BOLEH HUBUNGI EN. ZAKI (ADIK ARWAH):
H/P NO: 012-3968985
Semoga Allah S.W.T mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan bersama-sama dengan roh orang-orang yang beriman dan beramal soleh........amin.
dgr cite dlm seminggu ni beliau akan bertukar di ibu pejabat.....rupe2nye balik utk selamanya....moga rohnya dicucuri rahmat...
Al-fatihah
ila ad terbaca jugak tadi..
al-fatihah...
salam takziah..
darinya kita datang.. kepadanya juga kita kembali..
salam..
bila ajl datang. ia tidak menunggu sesaat.
smeoga roh beliau di kalangan mereka yang beriman.
al-fatihah..
salam takziah buat keluarga arwah..
Al-Fatihah. sedihnyaaa. AK xsmpt kenal arwah. smga arwah ditempatkan bersama org2 beriman. amin!
-AK-
Al-Fatihah..terharu saya baca entry khas untuk arwah di sini dan blog teman-teman yang lain, terima kasih...arwah pernah gtau saya, dia seronok berblog sebab dapat ramai kawan...insya Allah, moga dia tenang di sana..aamiin..
Al-Fatihah.... kak munna pun terkejut bila dgr berita tu kelmarin
AL FATIHAH.....Moga Rohnya di tempatkan di kalangan orang yang soleh Amin......
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
2 Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. الْحَمْدُ للّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ
3 Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. الرَّحْمـنِ الرَّحِيمِ
4 Yang menguasai di Hari Pembalasan مَالِكِ يَوْمِ الدِّينِ
5 Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan. إِيَّاكَ نَعْبُدُ وإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ
6 Tunjukilah kami jalan yang lurus, اهدِنَــــا الصِّرَاطَ المُستَقِيمَ
7 (yaitu) Jalan orang-orang yang telah Engkau beri ni'mat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat. صِرَاطَ الَّذِينَ أَنعَمتَ عَلَيهِمْ غَيرِ المَغضُوبِ عَلَيهِمْ وَلاَ الضَّالِّينَ
Ya Allah...Sesungguhnya hidup dan mati kami hanya untuk Mu.Dari Mu kami datang dan kepadaMu kami kembali. Wallahualam.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy repair bumper kemek kedalam
Post a Comment