Hari ni nak review novel la....
novel yang cukup menarik tuk kita baca...
DENYUT KASIH MEDIK
ditulis oleh seorang doktor....iaitu Dr. Farhan Hadi
Mengisahkan seorang doktor muda, Doktor Muslih yang baru sahaja mula bertugas sebaik sahaja tamat pelajaran, dalam novel ni bukan sahaja menceritakan kisah seorang doktor..malah diselitkan dengan kefahaman ilmu-ilmu perubatan,wanita dan cinta dalam Islam..
Banyak ilmu yang boleh kita dapat dari novel ni tau.....best sangat..sangat..!!
Kita yang baca ni..rasa seolah-olah kita sama-sama berada di hospital, lihat sendiri macam mana Doktor Muslih bekerja...
antara pengisian dalam novel ni...
Kena jadi doktor pelatih dulu juga dikenali sebagai Doktor HO (Houseman)....setiap satu ward..kena jalani latihan selama 4 ke 5 bulan... lepas tu baru dapat tittle Doktor MO (Medical Officer) dan kemudiannya naik menjadi pakar..
Waktu kerja doktor tak tentu masa...lagi-lagi bila kena on call...baru nak suap makanan dah kena panggil...solat susah nak dapat pada awal waktu...hujung-hujung...kalau tak sempat terpaksa jamak..
Sungguhpun sibuk...Doktor Muslih tidak pernah abaikan solat...dia akan cuba cari masa tuk solat...tak kisah kalau tak makan ataupun rehat...
banyak isu-isu semasa diceritakan....kisah mat rempit....pengguguran bayi..pembuangan bayi....rokok...dadah..cinta monyet...dan juga cinta dalam Islam dan lain-lain lagi..
cuba tengok gambar di atas, ada kongsikan info tentang darah haid dan darah berpenyakit bagi orang perempuan..
sebab kenapa bayi perempuan perlu di khatankan...
Doktor Muslih juga melahirkan kekecewaannya bila dia mendapati hampir 80% pesakit tidak solat....bila di tanya...alasan sakit...
dalam merawat..Doktor Muslih sempat memberikan sedikit nasihat buat pesakit...
tips mencari jodoh...
I suka sangat cara Doktor Muslih berkahwin dengan isterinya...percaya tak..sebelum kahwin..dia tak pernah lihat wajah isterinya dengan jelas...ada pun gambar sangat kabur..
Dia tidak kisah akan fizial..rupa mahupun berbezaan umur....yang dia kisahkan adalah agamanya...
Masa bertunang pun..dia tak melihat wajah tunangnya....masa berhubung pun hanya melalui email...itu pun berbincang tentang persiapan kahwin dan semua email-email itu akan di CC kan pada orang yang mereka percaya...
Setelah akad nikah dilafazkan baru lah Doktor Musluh lihat isterinya.....
Hmmmm..... rasanya zaman sekarang ni ada tak pasangan yang macam ni...? huhu..(^_^)
sila la dapatkan novel ini untuk bacaan sepenuhnya... (^_^)
kalau ada masa nanti..I nak cari novel isteri dia pula...sambungan dari kisah ni juga.....
tajuk buku itu..Pemilik Cintaku Setelah Allah & Rasul
actually banyak dah novel-novel yang pasangan suami isteri ni dah terbitkan.. I je lambat..baru tahu akan novel ni..huhu..
kalau nak dapatkan secara on9..boleh beli terus daripada penulis....meh singgah blog Fatimah Syarha di
p/s : curi-curi masa di waktu pagi dengan membaca...dapat lah elakkan tidur selepas Subuh... (^_^)