Showing posts with label ilmu agama. Show all posts
Showing posts with label ilmu agama. Show all posts

Friday, October 17, 2014

MURAH REZEKI

Assalammualaikum.... (^_^)

Hari ni nak share dengan you all tentang sebaris ayat dalam Al-Quran ni, ayat murah rezeki/rezeki yang tidak disangka-sangka.

Mau tak...? Mesti lah nak kan...ayat yang pendek...mudah je kita nak hafal dan dijadikan amalan..

Surah Sad, ayat 54


Untuk lebih jelas...

Surah.My
Amalkan selalu...you will see the result... (^_^)

Alhamdulillah...terima kasih Allah... (^_^)

Kalau ada part yang salah...tolong betulkan ya...terima kasih.. (^_^)


p/s: usaha...doa..dan tawakal..itu lah kunci utama...kalau setakat berdoa tapi tak berusaha pun tak jadi juga..yer tak...moga perkongsian ini bermanfaat untuk kita semua..Insya'Allah...

Friday, October 10, 2014

TAHAJJUD & DHUHA

Assalammualaikum... (^_^)

Selamat Hari Jumaat...

Well hari ni nak share tentang Solat Sunat Tahajjud & Solat Sunat Dhuha..

Terdengar di IKIM FM kelmarin dalam segment Motovasi Pagi..segment bermula pada pukul 7.30 pagi dan berkahir dalam 7.40pagi lebih kurang...tak lama pun...tapi pengisiannya mantap.


Pada hari Rabu yang lepas ustaz sentuh pasal Solat Sunat Tahajjud dan hari Khamis pula tentang Solat Sunat Dhuha...

Hari ni je tak dengar sangat sebab ada passenger kat sebelah, ajak berbual lagi...takkan taknak layan pula kan..? tapi apa yang I dengar pasal pendapatan yang dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu..1/3 untuk dibelanjakan, 1/3 untuk disedekahkan dan 1/3 untuk disimpan..selebihnya tak dengar..

Ada yang mendengar pagi ni? boleh share sikit...? terima kasih.. (^_^)

Okey berbalik pada tajuk di atas...I rasa apa yang I dengar pada pagi tu bagaikan teguran daripada Allah..jujur I katakan...sekarang ni dah jarang ber'tahajjud...liat sungguh mata ni tuk bagun awal..mungkin terlalu banyak dosa...huhu...


Menurut ustaz, tak dapat bangun malam pun tak apa...sejam/setengah jam sebelum masuk waktu solat subuh pun boleh..

Kalau tak mampu buat hari-hari, boleh buat pada hujung minggu waktu kita tidak bekerja...asalkan kita buat...buat dua rakaat je pun...kalau berkemampuan buat lebih pun tak apa.. (^_^)

Tujuan Solat Sunat Tahajjud

  1. Sebagai petanda perhambaan kepada Allah SWT.
  2. Mendekatkan seorang hamba dengan Penciptanya
  3. Tanda kesyukuran manusia di atas nikmat kurniaan Allah SWT.
  4. Menguatkan jiwa dan ketaqwaan seseorang kepada Allah SWT.
  5. Mendapatkan ketenangan dalam menghadapi cabaran dan dugaan hidup

Kelebihan Solat Sunat Tahajjud

  1. Tahajjud adalah solat sunat yang paling afdal.
  2. Doa dimakbulkan Allah.
  3. Memperolehi ketenangan jiwa.
  4. Merasai diri hampir kepada Allah SWT.
  5. Diberikan keistimewaan oleh Allah SWT.
  6. Memperolehi pertolongan dan rahmat Allah.
  7. Menewaskan gangguan dan godaan syaitan.
  8. Mencegah dosa dan menghindari  penyakit.
  9. Menjadi lebih berdisiplin dalam melakukan tugas.
  10. Allah SWT memudahkan menerima ilmu yang dipelajari.
  11. Terkeluar daripada catatan sebagai golongan yang lalai.
  12. Dihormati masyarakat dan dijauhi daripada hasad dengki manusia.
  13. Allah SWT memberikan kemudahan dan rezeki yang berpanjangan.
  14. Orang bersolat Tahajud menjadi kesayangan Allah SWT.
  15. Diberi keistimewaan yang orang lain tidak perolehi.
  16. Mendapat kemuliaan Allah SWT di dunia dan akhirat.
  17. Meninggikan martabat seorang hamba di sisi Allah Azza Wa Jalla.
  18. Memudahkan hisab di akhirat dan melintasi Titian Siratal-Mustaqim.

Untuk Solat Sunat Dhuha pula....? 

Cari lah masa untuk solat, Solat Sunat Dhuha ini sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.


Solat Sunat Dhuha ini juga merupakan magnet rezeki..insya'Allah akan dimurahkan rezeki dan diberikan ketenangan jiwa dan kehidupan..

Ha...tak mahu ke...?

Kalau boleh buatlah secara konsistant...daripada kita habiskan masa keluar minum pagi, baik kita habiskan masa tuk Dhuha, tapi sekiranya sedang bekerja, kena minta izin dulu daripada majikan tuk pergi solat sebentar. Yang penting 'afford' tu... tak mampu buat pada hari bekerja...waktu kita cuti tu manfaatkan lah... (^_^)

Okey itu sahaja perkongsian I tuk hari ni, I pun masih belajar...betulkan mana yang salah ya...terima kasih..




p/s: I start dengar ikim fm pada waktu pagi bila dapat tahu Ustaz favourite I, Ustaz Haryanto ada untuk motivasi pagi..dari situ I terus dengar hingga ke hari ini...walaupun sekarang ni ustaz lain...I tetap dengar....sebab I memang keluar rumah pada 7.30 pagi...ngam sangat lah waktu tu. Tapi I dengar part motivasi pagi je la, lepas habis...I tutup radio..saja mencari ketenangan...no more hot fm di waktu pagi... (^_^)  


Monday, September 22, 2014

AMALAN ASMAUL HUSNA DALAM BEKERJA


Assalammualaikum... (^_^)

Happy monday dear fwenss... apa kabar hari ni...monday blues?? 
Buang-buangkan lah monday blues tu yupp...

Hari ni I nak share pada you all Amalan Asmaul Husna dalam berkerja...

I jumpa kat facebook, terus I save dalam fon dan hari ni I share pada you all semua...semoga bermanfaat untuk kita amalkan.. (^_^)



Oh...ini keadaan jalan raya di Melaka pada pagi Isnin ini...maklum lah bila budak dah mula sekolah...begini la senarionya....




Panjangnya barisan, dah seminggu tak nampak barisan panjang ni...huhu...

Apa pun...hadapinya dengan positif..!! betul tak..?

Okey lah....jom sambung kerja....take care dear fwenss... (^_^)

Friday, January 11, 2013

BAU WANGI PADA BAYI


Suka cium baby tak..? mesti suka kan..sebab baby sentiasa berbau wangi. Bau yang susah kita nak gambarkan..tapi apa yang kita tahu wangi...betul tak..?

Ni ha...I jumpa kat FB semalam tentang bau bayi ni...meh nak share dengan you all semua pula..


Perasan tak setiap kali kita cium bayi, ada satu bau yang amat wangi dan mendamaikan. Akan tetapi, bau ini lama-lama akan beransur hilang apabila bayi semakin membesar bulan ke bulan. Tahukah anda bau apa itu?

 Dalam hadis diriwayatkan oleh Ahmad, Imam Bukhari dan Muslim. 
Rasulullah SAW pernah bersabda : "Anak-anakmu adalah penduduk-penduduk kecil syurga" 

 Dalam hadis yang diriwayatkan oleh al-Tabrani : 
Rasulullah SAW pernah bersabda: "Bau bayi itu (berasal) dari bau SYURGA"

bau wangi itu adalah bau Syurga... :)

credit to : Senang Hamil 


kalau ada salah dan silap di mana-mana..tegur lah ye..maklum lah..ini melibatkan hadis... 

p/s : pelik ke kenapa I like page Senang Hamil ni..? hahhaa....usah la pelik, ada contest like2 gambar sebab tu la I like page ni...best juga page ni...bukan sekadar info tentang kehamilan je, info2 lain pun ada juga... Selamat hari Jumaat kawan-kawan...(^_^)

Friday, November 30, 2012

HIKMAH DI SEBALIK KESIBUKAN YANG MELANDA


photo credit
positif dalam apa jua hal.... bukankah setiap yang berlaku ada hikmahnya..? (^_^)

masa I tengah busy....I jumpa gambar ni....bagaikan satu petunjuk..
seriously tengah serabut-serabut tu jadi tenang..
terima kasih Allah.. (^_^)

p/s : I tengah cuti sekarang ni...dari hari Khamis lagi...my mom masuk ward... operation buang rahim..so ketika ni I tengah jaga my mom.. moga semuanya berjalan dengan baik...insya'Allah... :)

Friday, November 09, 2012

TAUBAT DAN ISTIGHFAR



perkongsian pada hari ni... (^_^)

photo credit
Aku minta ampun daripada Allah yang tidak ada Tuhan yang berhak disembah selain daripadaNya, yang hidup dan yang menguruskan makhlukNya dan aku bertaubat kepadaNya. 

Moga Allah menerima taubat kita....insya'Allah..amin (^_^)

Friday, August 10, 2012

MEMBURU LAILATUL QADAR



Hari ni dah masuk hari ke 21 kita berpuasa kan....
dah masuk 10 malam terakhir dah ni..

Ayuh kita speed up...tingkatkan amalan kita...moga-moga kita bertemu dengan lailatul qadar..

photo credit
sedikit panduan....

Dari Aisyah Radiallahuanha, sesungguhnya Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda,
"Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadan".
(HR Bukhari)

kalau betul-betul mahukannya...bangun la setiap malam...tak payah tunggu malam ganjil atau tidak... (^_^)


photo credit
anda buat...anda dapat...... (^_^)

Friday, July 27, 2012

LURUS DAN RAPATKAN SAFF


memang selalu jadi macam ni..huhu...peringatan tuk kita semua yupp... (^_^)

biasanya I suka ambil barisan yang tidak terlalu depan dan tidak terlalu belakang...
barisan hadapan..biasanya makcik-makcik senior yang conquer..bahagian belakang ramai budak-budak...

I juga tak gemar duduk tengah-tengah barisan..bila nak solat kena himpit..I ni dah la ANAK GIANT, agak tersiksa bila nak duduk, lagi-lagi bila tahyat akhir....nasib la orang sebelah bila I terdudukkan kaki dia..hehehe... ;P

photo credit
So barisan paling selamat adalah di tengah-tengah dan tempat paling selesa untuk ANAK GIANT macam I ni adalah di sebelah tepi. (^_^)

Friday, July 20, 2012

RAMADAN TIBA LAGI




Insya'Allah....malam ni kita semua akan mula bertarawih..esoknya pula akan mula berpuasa..
seronoknya... (^_^)

Mesti surau dan masjid penuh kan...?

Dikesempatan ini, I nak ucapkan kepada semua rakan blogger yang beragama Islam..


Selamat Menjalani Ibadah Puasa..
sama-sama lah kita top up amalan kita pada bulan yang sangat mulia ini...jangan sia-siakan yupp.. (^_^)

Ramadan..
A month of blessing, a month of rewards,
a month of unity, a month of opportunity and a month of mercy...



p/s : terima kasih ye atas nasihat pada entri yang lepas..Alhamdulillah..jiwa dah ok.. (^_^)V

Friday, July 13, 2012

CARA MENGAWAL STRESS




photo credit
macam kene je dengan keadaan I sekarang ni.... (^_^)

stress dengan masalah kerja....sampai satu tahap....celik mata terus teringat pasal kerja...alahai...

moga Allah permudahkan segalanya.... ini juga satu cubaan tuk I..ajar I tuk handle masalah yang mendatang..Insya'Allah...boleh...huhu.....

sama-sama lah kita amalkan yupp... :) 

Friday, July 06, 2012

PERUBAHAN





sumber : Mencari Keredhaan Illahi

Perkongsian di petang hari... (^_^)

Insya'Allah..... :)


p/s : tengah pening nak mencari pekerja...hanya nak mencari Pekerja Am, bukan nak yang ada kelayakkan yang tinggi-tinggi..setakat SRP/PMR pun tak apa...tapi susahnya nak jumpa..

Sesi interview...ramai budak-budak muda awal 20-an yang tiada SPM datang memohon mungkin tertarik dengan tawaran gaji yang hampir mencecah RM 1000, tapi.....baru sehari kerja..esok dah hilang....tak larat mungkin......

Seboleh-bolehnya nak elakkan dari ambil pekerja asing, kalau macam ni la situasinya...kena pertimbangkan balik la...

Persoalannya di sini..... kenapa begitu ramai anak muda yang tak habiskan sekolah?

Wednesday, July 04, 2012

WORD LESS WEDNESDAY - ♥65





jangan lepaskan peluang ini...jom kawan-kawan..... (^_^)

♥♥ **************************************************** ♥♥

"Pada malam Nisfu Syaaban (15 Syaaban) adalah salah satu malam yang mustajab doa. Umat Islam digalakkan pada malam Nisfu Syaaban banyakkan berdoa dan memohon keampunan disisi Allah SWT.

Rasulullah SAW bersabda maksudnya : “Allah melihat kepada hamba-hambaNya pada malam Nisfu Syaaban, maka Dia mengampuni semua hamba-hambaNya kecuali yang musyrik (orang yang syirik) dan yang bermusuh (orang benci membenci).” (Hadis Riwayat Ibn Hibban, al-Bazzar dan lain-lain). Al-Albani mensahihkan hadis ini dalam Silsilah al-Ahadith al-Sahihah. (jilid 3, .m.s. 135, cetakan: Maktabah al-Ma`arf, Riyadh)"

sumber : iluvislam.com

Friday, June 29, 2012

TAK NAK !


Peringatan buat diri sendiri...dan ingin sekali kongsikan dengan kawan-kawan semua baik perempuan..mahupun lelaki....

photo credit
"Perubahan itu ada kalanya sukar, untuk kekal dengan perubahan itu lebih sukar. Tapi sampai bila perlu menanti kalau tidak dicari. Hijrahlah walau sekadar setapak sehari - MissYatiDotCom"

Renung-renungkah lah......sementara masih ada peluang ni.... jommm....... (^_^)

Friday, June 22, 2012

BILA.......





sama lah...bila I share kan entri-enti yang berbentuk ilmu agama...
bukan bermakna I nak tunjuk baik..tunjuk alim

sekadar perkongsian untuk diri sendiri dan kawan-kawan juga... (^_^)

Friday, June 15, 2012

BILA TERJAGA DI TENGAH MALAM


photo credit

lepas ni.....sekiranya kita terjaga daripada tidur...jangan sia-siakan peluang yang ada yupp...anugerah Allah tu...tak mahu ke..?? (^_^)

ala..kalau set kan alarm telefon tu tuk bangun tengah malam...lagi cantik..yer tak...?

moga kita sama-sama dapat manfaatnya dari perkongsian ini...Insya'Allah...

anda buat..anda dapat.... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...