Showing posts with label pengalaman ku. Show all posts
Showing posts with label pengalaman ku. Show all posts

Friday, January 25, 2013

TEMAN PENGGANTI



Hello fwens.... (^_^) 

I tengah free...la..la..la... tapi tak boleh sangat lah nak berjimbaa-jimba kat sini. Well..pekerja baru a.k.a bakal pengganti I dah masuk. Ada kat belakang I ni..nak update blog pun...teragak-agak...huhuhu... :P 

 Macam mana orangnya? Ok..I gelarkan Mrs F cukup lah eh.. ;) 

I rasa dia ni ok...lagipun dia banyak pengalaman berbanding dengan I... seriously I terasa diri ini sangat kerdil... masa tengok resume-resume pemohon pun..hati I dah berkata-kata..

" Hebatnya lah hai mereka..." 

I rasa company ni akan lebih maju, pengurusan akan lebih teratur dengan adanya Mrs F ni.. Insya'Allah.. 
Untuk I... I akan perbaiki kelemahan di tempat baru nanti. Upgrade diri untuk jadi lebih profesional dan lebih matang. Ececeh....macam skema pula ayat kali ni.. :P 

Ada seminggu lagi....hrummm...macam mana la kat tempat baru tu nanti kan... hope semuanya akan ok...seronok...kalau berlaku sebaliknya.... oh...moga di jauhkan... I tak suka nak lompat-lompat kerja...paling tak suka bila kena hadiri sesi interview. Doa kan I eh kawan-kawan... (^_^) 

Rasanya cukup lah I mengomel kat sini, nanti I cerita-cerita lagi. 

p/s : esok I cuti...hari ni BFF I akan menamatkan zaman bujangnya, esok majlisnya pulak, nanti I share yupp...tak sabar sebenarnya sebab nanti boleh jumpa dengan kawan-kawan lama...lama betul tak bersua muka, hanya bertemu di Facebook je.. (^_^)

p/s/s: hari ni juga Birthday salah seorang rakan blogger kita..iaitu GB dari blog gadisBUNGA
Happy Birthday GB...!! (^_^)


Wednesday, January 23, 2013

SATAY IKAN



I tengah membusy sekarang ni. Banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum melangkah pergi. Sekarang ni take 5 kejap, rindu la nak merapu kat sini....huhu..

Masa dok jenguk-jenguk FB... I jumpa dengan gambar ni..

hrumm...teringin la pulak...sedapnya...

Teringat masa sekolah dulu, ada seorang lelaki Indonesia kiteorang panggil Wak, jual satay ikan ni depan sekolah.. 5 cucuk seringgit, bila budak-budak balik sekolah memang terus serbu motor Wak ni....sedap...ada sos pedas dan tak pedas, I suka campur kecua-dua sos tu....sekarang ni payah nak jumpa..kat depan-depan sekolah tak ada jual dah...huhu..

Eh....tempat you all ada satay ni? 

Friday, December 14, 2012

HOSPITAL BESAR MELAKA - PART 2



Jumaat, 30 November 2012

Hari ke dua, my mom dah sedar. Seawal jam 6 pagi amah dah sampai bawa bekas berisi air suam dan baju untuk disalin.

Macam yang I cerita pada entri yang lepas, I tak boleh nak tidur. Lelap sekejap lepas tu terjaga, tengok jam alahai macam jarum jam tu tak bergerak je..huhu.. sejuk.....sangat sejuk, macam tidur dalam peti ais je terasa sampai ke tulang. 

Azan subuh memang sangat jelas, mudah je mata ni celik. So bangun je terus tolong salin baju my mom dan lap badan dengan air suam. Nurse datang beri ubat & kemudiannya I pulak mandi dan terus ke surau untuk solat subuh.
Ini aktiviti I sepanjang malam dan sepanjang hari membaca dan sambil-sambil tu dengar radio.
ada lagi 2 buah novel, lupa nak snap.
tak pe la kot sebab ceritanya tak best sangat..

pagi-pagi perut dah lapar mujur sempat beli roti, nak keluar malas..huhu..
my mom masih belum boleh makan lagi, setakat minum air kosong je..

Masa dokter datang buat check up...pukul 3 petang baru dapat minum susu..
Nurse...macam biasa, sentiasa busy dengan pesakit, ambil BP la, bagi ubat la, bagi injection la, tukar air la.
Penat ye jadi nurse ni..

Tapi apa yang I nampak, nurse kat sini baik-baik semua, takde pun yang kasar.
Dokter pun ok..

soalan yang kerap ditanya, sampai I pun dah dapat agak..hehehe :P

" Dah kentut...?"
" Dah berak...?"

Hari ke dua, my mom dah cuba bangun dan cuba duduk. Cuma belum boleh bergerak sangat.


Hari ke 3, Sabtu 1 Disember

 Ini aktiviti my mom pagi tu. Dah boleh bangun dari katil dan cuba berjalan perlahan-lahan.
Dah boleh buang angin dan sedang dalam proses untuk membuang air besar.

 Hari ke tiga juga dokter dah benarkan makan, tapi makan bubur je la.

matahari pagi......

oh lupa nak cerita, malam ke dua hanya ada my mom dengan I je dalam bilik tu. Yang lain semua dah balik.

betul-betul depan kaunter nurse....

katil kosong....

alhamdulillah, my mom makin ok.
esoknya dokter dah bagi balik...

Buat masa ni I ambil alih tugas memasak & iron baju kerja my dad.
Pagi-pagi sebelum pergi kerja I masak dulu, iron baju kerja pula I buat pada hari sabtu malam.
Ahad pulak, time mengemas rumah la pulak.

Begitu la ceritanya, moga lepas ni my mom terus sihat. Tiada lagi penyakit-penyakit misteri macam ni. Insya'Allah..Amin.. (^_^)

p/s: ketika ini myb I dalam perjalanan ke Pekan Pahang.....weeehuuu...

Monday, December 10, 2012

HOSPITAL BESAR MELAKA - PART 1




Khamis , 29 November 2012

Dalam pukul 11 pagi my mom mula masuk Operation Theater.. time tu I kat rumah lagi dengan Si DD Didott, my dad je yang pergi hospital dulu.

Kat rumah, I masak dulu, kemas apa yang patut baru la gerak ke hospital.

Sampai sana dalam pukul 12 lebih, so menunggu la kami dengan penuh debaran, dalam hati tidak putus-putus memanjatkan doa pada yang Maha Esa agar dipermudahkan segala urusan dan keselamatan my mom.

menunggu di Aras 3, kat sini tak ramai orang....kat Aras 2 pack!

ni je yang I masak, sambal ikan cili hidup dan kailan masak lemak, makan la kami bertiga sementara menunggu tu.

time ni azan Zuhur sedang berkumandang dari Masji Al-Azim, ruang pakir kereta mula penuh, ye la time ni dah waktu melawat.

dari Aras 3, kami turun ke Aras 2 dan terus menunggu lagi.
di Aras 2 ni letaknya bilik pemedahan, bilik untuk para ibu bersalin dan juga nursery baby.

Ingat saja nak masuk tengok baby kat nursery tu, tapi tak boleh sebarangan masuk...huhu..

Yang menunggu ni ada juga yang pentingkan diri sendiri, bilamana mereka letakkan bag atas kerusi, apa salahnya bag tu letak di bawah, ada la ruang untuk orang lain duduk, betul tak? 

hmm..macam-macam ragam manusia.

dalam pukul 4 lebih, my mom dah keluar, terus naik ke Aras 3 masuk ward.
Time ni my mom tak bape sedar lagi.

jadi kepochi jap, selak-selak file dokter...hehehehe... ;P
kenal akan gambar rajah itu?

part tu lah yang dibuang...habis......

nampak alat hijau tu, dalam tu di isi morfin, ubat tahan sakit.
setiap kali my mom rasa sakit, tekan suis yang diletakkan di tangan dan ubat itu akan mengalir masuk ke dalam tubuh sekaligus mengurangkan kesakitan.

untuk hari pertama, my mom banyak tidur, kalau sedar pun mamai-mamai lagi.
nak makan pun dokter tak bagi, setakat minum air kosong je.

tempat tidur I untuk malam pertama.
sewa kerusi ini RM 2 tuk satu malam.

ada yang kata kerusi ni nampak sangat selesa..
I hanya mampu tersenyum bila membaca komen anda..

asal gerak sikit berbunyi, macam nak roboh pun ye juga, so I dok diam je la, tak mo bergerak sangat, takut mengganggu yang lain..kerusi ni sangat bising.

I tak boleh tidur sangat, kejap-kejap terjaga, tak sabar betul nak tunggu pagi...huhu..
makcik depan tu pun baru gak lepas operation, yang dok berselubung sebelah katil makcik tu anak dia.
Jeles kot bila tengok dia tidur...huhu...

kiranya dalam bilik tu ada 4 orang, semuanya baru lepas operation.

nanti I sambung part 2 pula yupp..terima kasih yang tak terhingga atas doa kalian semua, sangat menghargainya.
 

Monday, September 10, 2012

BUTTERFLY MASUK RUMAH



sempat I snap gambar ni hari sabtu yang lepas...
orang tua-tua kata kalau butterfly masuk rumah ada orang nak datang....pernah dengar tak..?

ade ke orang datang rumah ..?

takde pun.....butterfly tu saja nak singgah berehat jap...mungkin tertarik dengan warna dinding rumah yang berwarna kuning ni..huhu..

sebenarnya..I konfius antara kupu-kupu dengan rama-rama..so I sebut Butterfly je la...
tapi menurut Makcik Wikipedia yang datang rumah I ini adalah Kupu-Kupu (Butterfly) 

Rama-Rama macam mana pula rupanya...?
Makcik Wikipedia kata yang ini adalah Rama-Rama (Moth)

photo credit
 masih konfius....? hope tidak lagi la yupp...

Happy Monday dear fwens...!! (^_^)

Tuesday, July 31, 2012

SURAT PERLETAKAN JAWATAN



Bila teringat balik mesti I tersenyum sendiri....huhu..

nak tahu kenapa...?

Al kisah.......


Ada satu hari tu,Mr Boss suh I buat report tuk dihantar pada sorang contractor ni lepas dah siap Mr Boss suruh hantar terus tanpa disemak oleh beliau. Bila dah selamat dihantar, bila dia tengok copy report tu, dia dah bising-bising sebab report tu salah.

I tahan telinga je la dengar, I tahu I salah, so buat apa nak defend kan? tadah telinga je la. Sambil-sambil tu draft surat. Surat tu berbentuk surat rayuan untuk satu tender ni. Kena la karang sikit, letak bunga sana sini.


Lepas Mr Boss dah habis marah, dia nampak tau I tengah buat surat. Cepat-cepat dia pergi kat tempat I.

" Awak buat surat apa tu...?" Nada macam risau je... hehehe... ;P

I tau, mesti dia ingatkan I tengah buat surat letak jawatan...disebabkan report yang salah tu.. ;P

Bila I kata buat surat rayuan, nampak lah riak lega kat wajah dia. Terus dia duduk tempat I sambung karang surat tu...hehe....

Risau juga eh kalau-kalau I resign.... (^_^)


I takde la se'sensitif macam tu sekali. Asal kena marah je nak resign. Akal masih waras, memang I salah, I terima, dah janji dah pun dengan diri sendiri takkan berulang lagi kesilapan yang sama.

Hmm....dok bayangkan macam mana eh kalau nak bagi surat resign kat boss...macam tak sanggup je..mana lah tahu ada rezeki yang lebih baik nanti, harus juga kan lalui saat-saat macam ni kan...?


p/s : you all ada pengalaman hantar surat letak jawatan pada boss ?

Monday, June 25, 2012

PUBLIC HOLIDAY



Al-kisah....

photo credit
Alarm di telefon dah menjerit-jerit mengejutkan Si Z. Seperti biasa Si Z akan 'snooze' dulu sebelum benar-benar bangun, kononnya nak bagi hilang mengantuk. 15 minit kemudian alarm menjerit lagi maka bangun la Si Z sambil mencapai tuala.

Dalam perjalanan ke bilik air, dia lihat ayah, ibu dan adiknya berada di ruang tamu masih duduk santai. Adiknya masih berbaju tidur belum mandi dan bersiap-siap lagi untuk ke sekolah.

" Eh...tak sekolah ke hari ni?" soal Si Z pada adiknya.

" Orang cuti la hari ni, dia je yang kerja."

Si Z terpinga-pinga, kenapa cuti pula pada hari Isnin. Cepat-cepat dia meluru ke arah kalendar yang tergantung lalu direnung lama.

photo credit
" Ha'ah la..hari ni public holiday....ish macam mana boleh terlupa ni..!!" ucap Si Z dengan girang.

Tiba-tiba dia terdengar ibunya memanggil.....

" Dah pukul berapa ni....tak kerja ke hari ni?"

Serta-merta la Si Z ni bangun, baru lah dia sedar rupa-rupanya dia hanya bermimpi dan agak lewat juga dia bagun pada pagi ini kerana dia telah mematikan alarm telefonnya bukan menolak butang 'snooze'.....huhu...

" Kan best kalau betul-betul...bukan mimpi....." bisik hati kecil Si Z.

photo credit
Hebat betul permainan syaitan ni kan..sekejapan je kita boleh bermimpi......isk..!! (-__-)"

Monday, May 28, 2012

MENGANTUK




Hari Sabtu yang lepas....dok survey telefon tuk my dad... (dah beli pun...huhu)
nampak la family yang serba kuning ni..

Mak & Ayah dia sibuk belek telefon, anak-anak boring menunggu..sampai tertidur dalam trolly...

Comel sangat budak perempuan ni tau...adik dia lama dah lelap....dia je terlentok-lentok menahan mata...dan akhirnya tertidur juga...hehehe..

Orang yang lalu lalang usik-usik dia & adik....tapi sikit pun tak gerak..mengantuk sungguh lagaknya....

Tapi bahaya juga kan macam ni..buatnya orang datang terus tolak trolly ni keluar...mak ayah lak tak sedar...nangis tak berlagu nanti..huhu..

Apa pun..utamakan keselamatan yupp... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...