Saturday, September 24, 2011

SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK



SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK 


walaupun saya tidak cantik, saya tetap ada kelebihan..

Kerana saya tidak cantik, saya tidak jadi mangsa gangguan lelaki-lelaki yang rosak akhlaknya.

Kerana saya tidak cantik, saya dapat pelihara diri saya daripada pandangan bernafsu lelaki yang tidak menjaga pandangannya.

Kerana saya tidak cantik, saya selamat daripada menjadi senjata iblis mencairkan iman lelaki.

Kerana saya tidak cantik, saya tidak mendapat fitnah dan cemburu daripada wanita-wanita lain.



Kerana saya tidak cantik, saya tidak mengharapkan pujian daripada mana-mana lelaki dan wanita.

Dan

Kerana saya tidak cantik, akhirnya saya menemui insan yang ikhlas mencintai saya seadanya.

Kerana saya tahu..

Saya tidak cantik pada pandangan manusia.. Maka saya akan berusaha agar kelihatan cantik pada ALLAH.. Kerana bukan kecantikan dunia yang saya kejar... Tapi KECANTIKAN di akhirat kelak..


untuk bacaan sepenuhnya..sila click sini.. SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK

di copy & paste sebijik sejibon dari SAYA TAHU SAYA TAK CANTIK_I LUV ISLAM.COM


Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang...setiap kekurangan pasti ada kelebihan...pasti ada hikmah disetiap kejadian....tul tak..?

Cuma kita ni...sebagai Manusia takpernah puas dengan apa yang telah dikurniakan...mahu lagi..lagi dan lagi...sehinggakan  kita lupa untuk bersyukur.....tak gitu...? 

Peringatan untuk diri sendiri dan juga kawan-kawan sekalian....

p/s : kepada yang belum tahu akan kewujudan laman web I LUV ISLAM .COM ni...cepat-cepat la terjah ke sana....banyak sangat artikel2 yg sangat bermanfaan buat kita...

Have a wonderful weekend dear fwens...!!! muah

26 comments:

Prince Halilintar said...

like this entry...

klu kite mencintai bukannya kerna paras rupa atau fizikal tapi terimanya seadaanya kerana itulah terbaik yg Allah tentukan utk kite..=)

Anonymous said...

kecantikan di akhirat kekal selamanya...

Cik Ina Do Do Cheng said...

Ciptaan Allah SWT semuannya cantik-cantik belaka, cuma kita je yang tak pandai nak menghargainya.bersyukurlah diatas kurniannya.

Aliesha Kirana said...

benar sekali apa yg dikata. sebab AK berbadan XXL, maka AK slmt dr gangguan lelaki. hoho. Alhamdulillah!

IMANSHAH said...

owh saya cantik tau

Rina Rahamat said...

dulu sy cantik (perasan) tp skarang tak huhu

Cik Amni said...

cantik tu subjektif.. Ada yg cakap seksi tu cantik.. Ada yg cakap pakai tudung labuh, berjubah tu cantik..

Sekarang ni susah nak cakap.. Kita rasa kita tak cantik, tapi tak tentu lg kita selamat dari pandangan lelaki.. Kalau tak, tak de la kes nenek kena rogol kan.. Kdg2 sebab perempuan2 yg mencairkan iman lelaki ni, kita yg rasa kita tak cantik ni yg jadi mangsa.. Kan.. Lelaki.. Unpredictable...

Jadi, cantik tak cantik, kena hati-hati jugak.. Kita rasa kita tak cantik, tp lelaki nyer pandangan berbeza.. Ada suka yg chubby.. Jd dia rasa chubby tu cantik.. Dan kalu nampak yg kurus macam model sekalipun, dia tak minat... Hee.. Lain org lain definition untuk cantik kan.. Ada jugak yg cakap popuan garang tu cantik.. Macam-macam.. =)

asliner said...

itulah yang dikatekan sebagai manusia..
kerana sering kali terlupa untuk beryukur dengan nikmat yang sedia ada..(-____-)

p/s: like3 this entri ^^

MiMiEy :) said...

mimi suka entry ini .
nice entry :)

Fendy TZM said...

Yup benar. Jadi tak payah bangga sampai masuk kat page like-like gambar kalau cantik. Tak guna pun. Sesungguhnya cantik itu terletak dari hati yang bersih dan taqwa kepada Allah s.w.t..

P/s: Maaf, kesibukan yang sangat memuncak. Jadi biskut sekarang kejap ada kejap takde. Adoiyaaai~

Afzainizam said...

"Cantik itu adalah lumrah alam... setiap orang sukakan kecantikan..setiap orang mempunyai kecantikan tersendiri dari luaran dan dalaman.. terpulanglah pada individu untuk memilih kecantikan tersebut ke arah mana...
pilihan pada diri sendiri... betul tak.."

"bagi xxx..lebih senang kita berkawan dengan perempuan yang cantik, kerana yang tidak cantik sebenarnya mempunyai something yang mengambarkan ianya tidak cantik.(bukan semua) xxx ada kisah tersendiri.meluat xxx pada yang tidak cantik(bukan semua) "

"Cantik tu kan Subjektif...setiap manusia ade cantiknya yang telah diciptakan khas untuk dirinya....

cantik tu penting ..tapi bukan lah cantik paras rupa tapi cantik akhlak dan pekerti nya "

kecantikan akhlak menjamin kebahagiaan...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
kesan embun pagi pada kereta

~cik tiram~ said...

suka suka suka ! :')

BERMASALAH said...

cantik agama maka cantiklah segalanya :)

terpatrisinarabadi said...

cantik luar, mesti cantik di hati juga

ainz said...

Setuju dengan pendapat Amni..cantik tu subjektif..lain orang, lain pandangan..sebab tula wujudnya perkataan 'taste' kan..masing2 ada cita rasa masing2..

Saya sendiri risau kalau2 'si dia' hanya memandang fizikal yang tak kekal ni...rata2 lelaki mahukan 'perempuan cantik' dan tak pandang siapa diri kita..hmm..semoga kita ditemukan dengan jodoh yang baik..insyaAllah..Allah maha mendengar.. :)

FR said...

yg penting cantik hati tu .. kan akak? :)
thanks share . nice entry.

Daddylicious said...

cantik atau tidak bukan persoalannya kerana itu hak dan anugerah yang maha kuasa cuma adakah kita boleh menerimanya atau tidak hakikat ini....

miera said...

nice entry...

semangat! semangat!
hee

dhiera zainudin said...

suka bacaan dalam iluvislam... semua nya bermanfaat~

WuMing said...

Kecantikan pada luaran itu tidak kekal..

Yang kekal adalah kecantikan dalaman...

Cik SHiNJU said...

Bertuah kalau dicintai kerana keperibadian dan bkn kerana paras rupa..

Anonymous said...

manusia mmg xpernh cukup ngan ape y ada...mengejar n trus mengejar hingga trlupe untuk bsyukur

imHepPie said...

dear~~kita semua cantek kan!!love wat we hav~~

En iLHAM said...

cantik itu subjektif
sesungguhnya cantik di pandangan ALLAH adalah sebaik-baik kecantikan

ana ayesha said...

istilah cantik terlalu subjektif .... cantik di mata A, mungkin tidak di mata B

mmg cantik jika cantik di mata manusia juga cantik di sisi ALLAH

Afzainizam said...

Cinta adalah kasih sayang yang tersaji
Seolah kekasih akan meninggal esok hari
Tak ada insan yang mampu lakukan ini
Sebelum hati kecilnya menjadi suci
Bersih dari kerak-kerak keangkuhan hati

cantik bukan sekadar paras rupa tapi biarlah cantik imannya


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
stesen minyak dan petrol pilihan anda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...