Friday, December 21, 2012

BANDAR PEKAN PAHANG


Semalam I ada bagi tahu yang lepas ke muzium, kami ke Pekan Riverfront kan..?
Buat apa di sana...?

tadaaaa.....cari durian..
dalam perjalanan ke Pahang lagi....kami dok skodeng2 durian yang orang kampung mahupun orang asli jual..

makan kat situ juga....beli tak banyak..ada la 4 biji...semuanya sedap..
bagus penjual ni...sediakan tempat makan...siap sediakan air lagi..
ingatkan kena bayar air tu...rupanya free...cuma bayar untuk durian je.. 

 tu...nampak tak pintu gerbang Pekan Riverfront..?
Macam biasa lah, kami baru je nak start makan...datang lagi dua tiga kereta berhenti tuk beli dan makan durian juga... masa mula-mula datang....xde orang pun...huhu..(^_^)

tak pergi pun kat sungai tu...kami sambung perjalanan pusing bandar Pekan..tengok pengkarangan Istana..

Istana Abu Bakar
kalau waktu malam...memang meriah dengan lampu...

pusing-pusing di padang Polo pula...
orang-orang kat situ tengok je kiteorang....hehehe...pelik ke bila tengok orang bergambar..
orrr...memang tak boleh bergambar di sini..?? maklum lah kawasan Istana..

Aih...takkan la tak boleh bergambar yer tak...?
Ni tolong promote Pahang gak ni...huhu..

Kami orang Melaka...takde Raja....tak tau bab2 ni...huhu.. (^_^)

Sekolah Kebangsaan Seri Terentang...tempat my dad mengajar 30 tahun yang lalu...
time tu my dad belum kawin lagi...bila dah balik ke Melaka semula baru kawin dengan my mom

and..
rumah putih ni..rumah sewa my dad dulu...my dad kata warna dan bentuk rumah masih belum berubah..

gigih tak ambil gambar rumah ni..? pelik gaknya orang kat dalam rumah ni bila nampak kami snap2 gambar depan rumah dia..hehe...

Kami ambil kesempatan masuk kawasan kampung di situ...wah teruja bila tengok buah-buah rambutan yang merah dan kuning berjuntai-juntai di dahan...buah-buah durian yang masih ada di pokok,..mahupun yang dah gugur di tanah... (^_^)

sambil my dad bawa kereta, sambil tu dia mula la nostalgia dia di sini...


penat berpusing......kami singgah makan di CRK Restorant tuk makan malam..
Kerapu 3 Rasa kat sini sangat la sedap..!! 

Ok lah....nanti I cerita pasal Inderapura Lake Resort pula yupp....gambar orang kahwin..?
errr....tak ambil pun...sebab...nanti la I cerita...

Sampai di sini dulu...take care dear fwens..!! (^_^)

Thursday, December 20, 2012

PEKAN PAHANG - MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

 
Ok..kita sambung cerita semalam yupp..

14 Disember 2012

Dalam  pukul 9 pagi kami dah gerak dari Melaka ke Pahang, my dad nak solat Jumaat di Bandar Muadzam Pahang.

Dalam pukul 1 tengahari sampai ke Bandar Muadzam..so kami duduk je la dalam kereta menanti orang Azan sambil memerhatikan kaum-kaum Adam datang ke masjid  untuk menunaikan Solat Jumaat.

Pandangan biasa yang I nampak, sampai je kat Masjid, dieorang akan hisap rokok dulu..huhu..
Selesai orang solat Jumaat, turn orang perempuan pula masuk masjid, solat Zuhur la pulak.

Kami pusing area situ tuk makan tengahari....erm....agak mahal ye harga makanan kat sini...

Lepas tu...zoommmm ke Pekan Pahang.
Kenapa ke Pekan Pahang? kawan baik my dad buat kerja kahwin...so sebagai sahabat baik harus la pergi yer tak..? 

Bab majlis kahwin tu..nanti I cerita yupp....I share gambar kat muzium dulu...
Sampai Pekan Pahang, check in di Inderapura Lake Resort, malam tu pula pusing-pusing bandar Pekan, Si DD Didott sudah nampak muzium..so asik la dok mention nak ke sana..

So lepas kenduri kahwin, rehat-rehat jap di bilik, petang tu keluar semula...pergi muzium..
Gambar semalam tu di dalam muzium ini la, bukan dalam istana..hehe..

Sila nikmati gambar-gambar di sekitar muzium Sultan Abu Bakar ini.
Actually tak boleh ambil gambar tau, tapi petugas muzium yang sangat baik lagi ramah tu kata kalau guna handphone tak apa..

So...kami apa lagi...mula la beraksi..

Seriously petugas di muzium ni sangat baik, murah dengan senyuman..walaupun time tu muzium dah nak tutup, tetap melayan pelawat dengan baik sekali..pujian ikhlas ni..bukan bodek (^_^)
 
deretan gambar raja dan permaisuri Pahang 
banyak lagi gambar kat sini...I pilih sikit-sikit je...jadi la kan... ;)

budak exited..... 

di luar muzium...time ni muzium dah tutup dah....so kami bergambar di sini la pulak...
lepas ni ke mana pulak...?

Kami ke Pekan Riverfront pulak...tak jauh pun dari muzium....buat apa..?
next entri la yupp... (^_^)V

p/s: ada orang pahang di sini..ce angkat jari... (^_^)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...