Saturday, September 29, 2018
JOM JADI ORANG YANG POSITIF
Assalammualaikum...(^_^)
Jom jadi orang positif...
Jom jadi orang yang melihat orang lain dengan kasih sayang..
Jom jadi orang yang kurang mengkritik orang lain dengan kelemahan yang dia ada..
Jom cakap perkara-perkara yang baik..
Jauhi umpatan apa tah lagi caci makian..
Jaga lidah...jaga mata...jaga hati...
Insya'Allah...kita akan jadi orang yang positif...hidup pun tenang je...penuh dengan kasih sayang...
Tuesday, September 11, 2018
MENGHILANGKAN DIRI DARI PANDANGAN MANUSIA
Assalammualaikum... (^_^)
Hello readers...apa kabo?
Me...apa kabar?
Erm...everything went well je sepanjang tahun ni..
Part best...banyak vacation tahun ni....weeee..😍😍
Part tak best...annual leave dah habis.... huwaaaa..😂
Psst.....I share kat you all kat sini je tau....sebab I tau...tak ramai pun ke sini sekarang ni..so selamat la kot..
I rasa macam nak hilangkan diri dari padangan semua orang..
menghilangkan diri macam mana tu?
erm..macam ni..
Hati tu dah terdetik...tapi kekuatan tu belum ada..ye la..bila dah pakai..mana boleh on off..buka & pakai..
I takut I tak mampu nak istiqomah...sekarang ni nak cuba tutup yang basic pun liat...contoh paling mudah...aurat tangan & kaki...sampai sekarang failed lagi..kalau nak tutup terus? I takut hati ni berbolak balik..
Faham...was2 tu mainan syaitan..tapi tu lah...
Xpe lah kot...buat masa sekarang ni slow-slow dulu ubah mana yang patut..lagi pulak parents I kalau tau...harus la dieorang tak bagi...perbetulkan mana yang belum betul...lagi-lagi bab solat...selalu je lewat solat..terkucil/tertinggal solat samada segaja atau tak pun pernah juga..
Myb I kena betulkan niat...niat nak hilangkan diri tu untuk Allah? hmmm...kena tanya balik pada hati ni..
Ha....sebab tu la I takut walaupun keinginan tu ada...tapi.....tapi...kalau nak ikutkan takut tu...sampai bila? ajal tak mengenal usia tau....anytime je ni...huhu..
Kepada pembaca sekalian...doakan ye...I pun doakan you all sekali...moga kita sama-sama memperbaiki diri...moga kita sempat bertaubat sebelum pergi...dan semoga kita semua pergi dalam keadaan husnul khotimah..amin...amin ya rabbal a'lamin...💗
I rasa sampai sini dulu...ada ruang..peluang..
I pot pet kat sini lagi..
Take care dear fwens...
Assalammualaikum.. (^_^)
Wednesday, March 14, 2018
HELLO 2018???
Assalamualaikum....(^_^)
Dah masuk bulan 3 baru nak say Hello 2018? hehehe...
Okey..apa cerita terbaru..?
Setakat ni...same old Zafira Nabilah...tiada cerita baru...kot...hehe..
Masih kerja di tempat yang sama...tekanan makin bertambah..entah lah..
I dah mula boring kat sini..kerja banyak..tapi semangat tu semakin hilang..
I dah mula mencari peluang..ruang yang baru..
Faham je la sekarang ni susah nak cari kerja..banyak juga I tabur resume..
Jobstreet tu dah jadi macam facebook..hari2 I dok search available job kat situ..
Setakat ni..belum ada rezeki lagi..
Lagi sadis bila dapat reply dari company tu mengatakan 'over qualified' adeh...pulak dah (-_-)"
Cuma I belum try cari kerja luar dari Melaka je..
Tak pe..perlahan-lahan kayuh..
Kalau takdir Allah mengatakan rezeki I kat sini...I redha..moga Allah buangkan rasa malas ni..dan kembalikan semangat yang hilang tu untuk I terus berbakti di sini..
I sayangkan company ni...tapi rasa macam dah tak larat dah...entah lah..
Doa kan I ye...moga ada rezeki yang lebih baik dari tempat ini..
Amin.. (^_^)
Thursday, December 14, 2017
HAPPY 9TH ANNIVERSARY APA KATA HATI
Assalammualaikum... (^_^)
Happy 9th Anniversary Apa Kata Hati..6/11/17 yang lepas...hehe..(^_^)"
Untuk tahun ke 9 ni, I tukar dari guna domain sendiri ke blogspot.com semula..
Ye la..kalau aktif macam dulu..pendapatan blog boleh a buat bayar domain tiap tahun..
Tapi sekarang ni makin suram..sebab tu I tukar ke blogspot.com
Apa pun untuk janji akan aktif semula tu, tidak lah..
Tengok lah macam mana nanti ye..
Thank you for your time..
Love you..!!
Happy 9th Anniversary Apa Kata Hati..6/11/17 yang lepas...hehe..(^_^)"
Untuk tahun ke 9 ni, I tukar dari guna domain sendiri ke blogspot.com semula..
Ye la..kalau aktif macam dulu..pendapatan blog boleh a buat bayar domain tiap tahun..
Tapi sekarang ni makin suram..sebab tu I tukar ke blogspot.com
Apa pun untuk janji akan aktif semula tu, tidak lah..
Tengok lah macam mana nanti ye..
Thank you for your time..
Love you..!!
Wednesday, March 29, 2017
UMRAH JOURNEY - PART 4
Assalammualaikum... (^_^)
Bila belek-belek I punya google drive, keluar balik gambar masa pergi Umrah tahun lepas.
Tahun lepas? bunyi macam lama, tapi I rasa..eh sekejapnya dah setahun...pantas betul waktu berlalu..
Cerita Umrah hari tu tak habis lagi kan? meh I sambung lagi yupp..
Post yang lepas masih di Mekah, kali ni dah sampai Madinah..
Kebiasaannya jemaah umrah akan turun Madinah dulu baru Mekah betul tak?
I punya group sebaliknya pula...
Subahanallah.... bila berdiri di hadapan Masjid Nabawi yang tersergam indah...orang sentiasa ramai tapi hati tu rasa damai...tenang je..
Ketika ini bumbung terbuka....time ni baru lepas Dhuha di Masjid Nabawi
Gambar ini ada I share di Instagram..
Share sikit gambar tuan punya blog...hehehe...
Dah masuk masjid Nabawi..tujuaan utama tak lain tak bukan mestilah nak masuk Raudah...Makam Rasulullah...
Maka bermula lah misi kita....orang perempuan tak boleh sesuka hati masuk Raudah...ada waktu-waktunya..tidak seperti lelaki yang boleh masuk pada bila-bila masa sahaja.
Tunggu turn...tempat ini sentiasa sesak....berasak-asak...ada yang dah masuk tak nak keluar...
Entrance nak masuk Raudah...
Alhamdulillah...... (^_^)
muka kelegaan bila dapat melepasi lautan manusia yang sangat ramai kat dalam tu..sampaikan 'Mak Guard' ikat tali di tiang dan berpaut pada tali itu untuk mengawal keadaan..
Susah nak gambarkan dengan kata-kata betapa padatnya manusia...tu baru kaum perempuan je tu..huhu...
Alhamdulillah.....thank you Allah for this opportunity..thank you..!!
Rindu menggebu rasa di dada ketika ini....moga diberikan peluang lagi untuk menjejakkan kaki di sini lagi satu hari nanti... Insya'Allah... (^_^)
Di Madinah ni, relax sikit. Hotel & Masjid lagi dekat...aktiviti tak ada lain ulang alik hotel dengan masjid saja lah..ziarah sekitar bandar Madinah..
I masuk H&M pakai telekung dengan slipar je...kat sini agak2 nak masuk dengan pakaian macam tu tak? hehehe...
Orang menjual sangat lah ramai...sepanjang perjalanan ke Masjid memang ada je yang menjual...awal-awal sampai kami cuci mata..survey je dulu....dah nak last day...apa lagi...borong....hehehe..
Okey lah, gambar banyak lagi...tapi malas nak edit..
Nanti ada masa & kerajinan I update lagi ye...
Till then....take care dear fwens...
Love you...!! (^_^)
Monday, February 20, 2017
APA ADA DI GRAND LEXIS PORT DICKSON ??
Assalammualaikum... (^_^)
You all mesti dah sampai ke Port Dickson atau lebih mudah kita sebut PD? Ye lah PD kan di antara salah satu destinasi perlancongan dalam Negara kita ni, tak gitu?
![]() |
| photo credit |
Di PD terdapat macam-macam pantai, boleh pilih je nak pergi yang mana. Yang pastinya semua cantik-cantik belaka.
![]() |
| photo credit |
![]() |
| photo credit |
Bukan setakat buat aktiviti kat pantai je, bagi yang mengemari bab-bab sejarah boleh je buat lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar PD antaranya Muzium Tentera Darat, nak melawat ke Kota Lukut pun okey juga.
Kalau suka aktiviti outdoor selain daripada aktiviti di pantai, boleh juga cuba-cuba pergi melawat Rumah Api Tanjung Tuan,
![]() |
| photo credit |
Tak pun boleh bawa family ke PD Ostrich Farm. Boleh la you all beramah mesra dengan burung Ostrich kat situ. Beramah mesra?? macam something wrong somewhere je ayat tu kan? heee.. シ
Selain daripada itu, you all boleh juga cuba aktiviti menunggang ATV, memanah pun macam seronok juga.
Ataupun.....
you all nak cuba lari daripada kebiasaan. Pernah terfikir tak satu pakej percutian yang mewah tapi dengan harga yang berpatutan? Ha…..macam menarik bukan?
Meh… I nak recommend you all untuk bercuti di Grand Lexis Port Dickson.
Specialty yang ditawarkan dan hanya terdapat di Grand Lexis Port Dickson sahaja tau, ianya tidak lain dan tidak bukan ‘private swimming pool’nya yang menjadi bualan ramai. Bukan itu sahaja, dekorasi bilik yang modern serta spacious menimbulkan rasa mewah dan selesa buat pengunjung yang datang bersama dengan family mahupun yang datang untuk berhoneymoon.
Kat mana sebenarnya Grand Lexis ni?
Dah tentu-tentunya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ye tak?
Lokasi?? lokasinya agak jauh sedikit daripada pantai
Meh tengok Map ni…
Agak-agak payah nak jumpa, on waze saja lah.... Insya'Allah sampai... (^_^)
Grand Lexis ni terdapat tiga jenis accommodation tau, terpulang pada you all nak pilih yang mana.
Meh kita tengok satu persatu and yang bestnya, semua ada private pool.
Kalau jenis macam I yang segan nak masuk pool awam, memang tempat ni la terbaik. Suka hati le nak buat gaya kuak lentang ke, terjun tiruk ke hape. Aurat pun terjaga bagi kita para muslimah ni.
Cuma lokasi sahaja lah yang berbeza.
Jom kita tengok....
ABOVE THE SEA VILLA
Memang Villa ini atas air...huhu..
tapi kalau you all ada bawa anak kecil ataupun orang tua tidak digalakkan untuk pilih villa ni, sebabnya Above the Sea Villa ni terletak agak jauh daripada fasiliti seperti tempat makan, lobby, swimming pool dan sebagainya.
SKY LIVING VILLA
ada private pool di setiap villa..
Dah nama pun Sky Living, dah tentunya la letaknya ditempat yang tinggi. Bukan atas air lagi dah.
Tengok bilik & pool, wah……..macam best kan???
Okey ada satu lagi Villa, iaitu
GARDEN LIVING VILLA
Villa ni paling dekat dengan semua fasiliti. Tak perlu jalan jauh-jauh. Cantik ooo villa ni, meh kita cuci mata jap.
See…betul tak I cakap, cantik kan? Kalau ada yang plan nak honeymoon, tak perlu pergi jauh-jauh sangat.
Kalau rasa dah boring buat aktiviti sendiri kat villa tu, you all boleh try outdoor activities seperti memanah, pergi bersenam kat gym, memancing. You all juga boleh juga sewa tricycle dan mengelilingi kawasan Grand Lexis ni.
Lapar?? Don’t worry, sebabnya di Grand Lexis ni ade banyak tempat untuk makan .You all nak makan apa? makan ala-ala jepun, macam tempura, sushi dan sashimi, you all boleh pergi ke Genn Japanese Restaurant.
Macam mana dengan makanan western or typical foods? Ha…you all try la makan kat Duyung Restaurant.
Pada yang minat Karaoke, boleh pergi ke Karaoke Centre sambil nyanyi boleh makan snek-snek ringan.
Senang cakap, semuanya ada lah….. (^_^)
So…macam mana, menarik kan? Apa tunggu lagi, jom la buat plan dan cuti-cuti Malaysia di sini.
Sebenarnya terdapat pelbagai jenis hotel yang menarik berada di Port Dickson ni, cuma perlu lihat pada kesesuaian bajet dan citarasa juga.
Tak perlu risau jika you all susah untuk membuat pilihan hotel untuk bercuti nanti, you all hanya perlu search je di Traveloka, dan di situ Traveloka akan membantu dalam membuat tempahan hotel dengan bijak pada harga yang berpatutan. Maklumat di hujung jari je lorrr.
Apa pun pilihan hotel you all, yang penting enjoy your holiday okay!
Happy planning for holidays guys!!
p/s : baru je up cerita nak pergi Solo Travel, ha..Grand lexis ni macam best je kan..macam ngam dengan plan je kan? heeee... (^_^)
Friday, February 17, 2017
SOLO VACATION
Solo vacation...memang ada dalam plan untuk tahun 2017 ini..
Mesti ada yang berpendapat yang bercuti bersama keluarga lagi best. Betul, memang tak dapat dinafikan kalau dengan family memang lagi best,
But....untuk kali ini I nak sendirian untuk seketika je...memang tak pernah pun pergi bercuti sendirian, so apa salahnya mencuba/merasa sekali betul tak?
Banyak juga benifit bila Solo ni, kita lebih independent, kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahukan, betul tak? huhu...
I ni dok gebang je...plan je pandai...nak realisasikan tu...entah bila..(-__-)''
Tak habis dengan kerja, kerja yang sentiasa ada deadline. Baru selesai 1, 1 lagi menyusul hingga hujung bulan bawa ke hujung tahun.
Sampaikan I nak cuti selain dari hari Sabtu pun berkira-kira boleh ke tidak, sempat ke tidak nak siapkan kerja kalau I cuti...huwaaaaa...macam mana tu???
Hope apa yang I plan akan menjadi kenyataan....dapat pergi dekat-dekat pun jadi lah...
Insya'Allah Amin... ❤❤❤
p/s: I bukan mengeluh pasal kerja I, I really love my job..cuma berkongsi.
Banyak juga benifit bila Solo ni, kita lebih independent, kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahukan, betul tak? huhu...
I ni dok gebang je...plan je pandai...nak realisasikan tu...entah bila..(-__-)''
Tak habis dengan kerja, kerja yang sentiasa ada deadline. Baru selesai 1, 1 lagi menyusul hingga hujung bulan bawa ke hujung tahun.
Sampaikan I nak cuti selain dari hari Sabtu pun berkira-kira boleh ke tidak, sempat ke tidak nak siapkan kerja kalau I cuti...huwaaaaa...macam mana tu???
Hope apa yang I plan akan menjadi kenyataan....dapat pergi dekat-dekat pun jadi lah...
Insya'Allah Amin... ❤❤❤
p/s: I bukan mengeluh pasal kerja I, I really love my job..cuma berkongsi.
Wednesday, February 15, 2017
Friday, February 10, 2017
GAMBAR CURI
" I tengah busy la u..."
" U buat la keje..."
Snap...
Message masuk...

pulak..... (-_~)"
p/s : thank you.. (^_^)
" U buat la keje..."
Snap...
Message masuk...

pulak..... (-_~)"
p/s : thank you.. (^_^)
posted from Bloggeroid
Tuesday, December 13, 2016
HAPPY 8 YEARS
Assalammualaikum.... (^_^)
Nak singgah kejap je ni...
Cuma nak kabo..
Apa Kata Hati dah 8 tahun pada 6/11/2016 hari tu...
Dekat sebulan juga la entry ni dok dalam draft..
Aik....hari ni baru nak update..??
Tak perlu dijelaskan lah...betul tak?? jawapan masih sama dengan jawapan yang lepas punya lepas punya lepas..heee
Apa pun.... Happy Anniversay APA KATA HATI..
Lapan tahun ye...macam tak percaya je dah lapan tahun...
Apa plan untuk anniversary seterusnya??
Entah la....wait & see je la...
Ingat nak stop blogging, domain ni pun macam malas nak renew tiap tahun sebab dah tak ada masa nak blogging...tapi...tu la SAYANGGGG....
So...biarkan je la dulu...
Okey lah...itu je nak share...
Ada masa nanti I update lagi ye...
Till then....take care..
Love you...!!
p/s: Hey...kamu..kamu yang rindu boleh follow me on Instagram...rajin juga la post 'karangan' kat sana...tapi I set private..so tekan button follow dulu ye..nanti I approve... (^_^)V
Saturday, August 06, 2016
AIDILFITRI 2016
Assalammualaikum...(^_^)
Ampun......dah habis syawal baru nak share cerita raya...heee.....
Okey, rutin sama je seperti tahun-tahun sebelumnya. Cerita masih sama, pagi raya di Melaka dan sebelah tengaharinya bergerak ke Johor Bharu..
Layan gambar sahaja la yupp...
Post wajib...di serambi rumah nenek.....
Tahun ni tema warna Kuning Mustard...actually tak berapa setuju dengan warna ini sebab dua tahun yang lepas dah warna kuning...
Tapi itu Pakcik Daud tukar plan last minute..asalnya brown+purple..sekali terus tukar warna kuning mustard...
Tahun ni...paling lambat sekali cari baju raya....jenuh mencari...minggu terakhir ramadahan baru jumpa...fuhhh....
Masa ni dah redha dah, kalau tak jumpa pakai je warna lain-lain tahun ni..tak ada tema....ha...mujur jumpa...
2nd day..di JB
Ramai tak? ni pun tak semua ada tau...kalau semua lagi ramai dari ini...
Kalau pergi beraya rumah orang ramai macam ni....penuh rumah orang dengan kita je...huhu..
3rd day.....jalan raya lagi.....
4th day.....balik ke Melaka semula...
Tahun ni, feel nak raya tu tak ada sangat, tahun ni semua last minute...baik dari kuih raya, baju raya, masak juadah raya pun dah petang baru nak mula....
Ni antara biskut raya yang I buat...
Tahun ni kan tengah viral biskut semperit bunga....
I pun tak ketinggalan juga la untuk cuba....
Adunan tu I buat, tapi bila nak menyemperitkan jadi bunga..tak jadi...
mujur Adin ada...dia la yang picit doh biskut ni sampai jadi bunga..heheh
Hasil..sedap seperit cheese, bila makan cair dalam mulut...
rendang, tahun ni pun sama macam tahun lepas bab-bab memasak I yang take over...
Rasanya sampai sini saja dahulu, ada ruang dan kesempatan nanti I update lagi..
Nak ucap selamat hari raya kat you all pun dan terlambat dah ni...huhu...
So...that's all for now...
Luv you.......!! (^_^)
Saturday, June 25, 2016
MENGALAH BUKAN BERERTI KALAH
Assalammualaikum...
Apa kata hati?? sama lah apa yang tertera pada gambar ini....
Betul sangat...
Mengalah bukan bererti kalah...
Pergi bukan bererti lari...
Cuma diam menjadi pemerhati sepi...
Penembak doa setiap hari....
Apa kabar sang hati?? Macam ni la....tertutup serapatnya...
Mendiamkan diri di satu sudut sepi....namun terus menjadi pemerhati dalam diam...
Doa...? sudah tentunya ada.....dari dulu hingga kini...
Alhamdulillah.....sang penembak doa ini...telah kena sasarannya...apa yang di minta pada Tuhan..kini sudah pun termakbul...
Senyum....lega...memang itu yang aku mahu kan....
Moga bahagia sentiasa menjadi milik mu..
Terima kasih Allah... (^_^)
Thursday, June 16, 2016
UMRAH JOURNEY (RINDU) - PART 3
Assalammualaikum..... (^_^)
Selamat menjalani ibadah puasa untuk kawan-kawan semua..
Alhamdulillah, kita masih diberikan peluang pada tahun ini untuk menjalani ibadah puasa..
Maaf lah, sebulan sekali baru nak update...
Tanggungjawab makin bertambah...kerja I bukan kerja mudah macam dulu...
Dulu ada je masa untuk bloging, writing, sekarang ni...
Mari ber huhu je la... ;-)
Okey..jom sambung Part 3.
Apa perasaan I bila pertama kali tengok Ka'abah?
Masa pertama kali jejakkan kaki dalam Masjidil Haram, bergetar rasa seluruh badan..
Terasa diri ni sangat lah hina untuk jejakkan kaki di situ.
Keadaan kembali tenang setelah selesai mengerjakan solat wajib juga beberapa solat sunat sebelum memulakan ibadah umrah.
Namun....perasaan kembali berkecamuk saat mata mula menatap Ka'abah..walaupun hanya dari jauh. Berdebarnya rasa...rasa macam nak terkeluar jantung ni...eh dah keluar..lepas tu kutip semula.. :-P
Air mata tak semena-mena berjuraian keluar...satu perasaan yang sangat sukar untuk diungkapkan...
Penuh rasa syukur, kerana diberi peluang untuk menjejakkan kaki di situ. Terima kasih Ya Allah...
Segala hal-hal duniawi hilang seketika....orang yang ramai berasak-asak di sana sini seolah-olah hilang..yang ada hanya diri ini yang sedang berdiri sendirian menghadap Ka'abah.
Allahhu.....
Ha..ni gambar original ya...bukan ambil dari google....
Masa ni mataf masih belum dibuka lagi...sekarang ni mataf dah di buka..semua kat bawah..dah tiada tingkat-tingkat lagi dah..
Untuk first umrah...kami tak buat di bawah, di tingkat pertama..di bawah keadaan sangat sesak..
Usai tawaf...baru la sempat nak bergambar....
Abaikan jari beso tu...huhu...
Usai tawaf, pergi ke safa & marwa pula untuk Sai'e dan kemudiannya bertahalul..
Gambar dalam camera...sorry tak dapat nak share banyak sangat..apa yang ada dalam phone je ni..
Tiap kali tengok gambar ni..mesti I tersenyum sendiri...kelakar kot muka Si DD Didott ni...
hahahaa....
She is a great helper..walaupun selalu 'bako darah'...
Cinta hati......
Hari terakhir di Mekah....waktu ni tengah tunggu nak solat Subuh...
Lepas je I snap gambar ni.....
Hujan turun membasahi bumi Mekah..
Allahurabbi......
Mana yang sedang tawaf...teruskan tawaf..Ya Allah.....hanya itu je yang terpancul di bibir...
Sesi berdialog dengan Allah diteruskan.....macam-macam luahan hati mahupun doa dititpkan pada Allah.....
Masa ni semua jemaah baik lelaki dan perempuan duduk campur.....sebaik sahaja mahu mula solat Subuh, baru lah kaum-kaum wanita bergerak ke belakang...
Family Potret... ada jemaah daripada Indonesia tolong ambilkan gambar kami....
Subuh terakhir.....
Usai subuh...balik hotel..shopping sikit....sebelum Zuhur kami kembali ke Masjidil haram untuk mengerjakan Tawaf Wida/Tawaf Selamat Tinggal..
Lepas tu...kami gerak ke Madinah pula....
Insya'Allah....ada masa..ruang dan waktu lagi..I share lagi ya....
Okey lah..sampai sini dulu....nanti jumpla lagi.....take care dear fwens...
Luv You!!!!
p/s : Ya Allah...perasaan rindu sangat membuak-buak bila I share cerita ni....entah kenapa lagi-lagi dalam bulan puasa ni...bila tengok siaran langsung dari Mekah....Allah...Allah...rinduuuuuu..... rinduuuu sangat......moga Allah berikan kesempatan untuk jejakkan lagi kaki di sini....Amin....
Subscribe to:
Posts (Atom)








































