Sunday, November 16, 2014

THE CONJURING

Assalammualaikum.... (^_^)

Hmm... I rasa hari ni nak buat movie review lah...huhu...

Aktiviti I sekarang ni..asal hujung...mesti I layan online movie..I suka layan kat PUTLOCKER

Lama dah I layan movie kat sini....semuanya english movie la..movie melayu...I tak cari lagi..nanti lah...heee.. (^_^)

So..tuk kali ni...I baru je lepas tengok cerita THE CONJURING



I tahu cerita ni dah lama...tapi baru hari ni I tengok...tak kira nak cerita gak...heee..

Biasanya I tak minat cerita hantu...sebab bagi I cerita macam ni boring...gelap...ada la adegan terkejut dua tiga kali...macam tu je....tapi cerita yang ni...nope..

Sepanjang cerita ni...dari mula hingga akhir...jantung I tu dok dup dap..dup dapp je...nak kata seram..tak juga...menakutkan tu ada...eh seram dengan menakutkan tu ada perbezaan ke...? huhu..

Well..cerita ni mengisahkan sepasang suami isteri (The Warrens) pakar memburu hantu (demonolagist) ala macam carita cari-cari hantu tu..kemudian rekod gambar..rekod suara..gitu lah..


The Warrens


Ada 1 family Perron Family..sebuah keluarga bahagia punyai 5 orang anak perempuan. Mereka ni berpindah ke sebuah rumah agam tampa mereka ketahui siapa yang pernah tinggal di situ sebelum mereka...

Nak dijadikan cerita..rumah tu hunted..ada kes bunuh diri..di mana asalnya satu family juga yang telah dirampas haknya (rumah & tanah dijual), dek kerana kecewa, perempuan ni gantung diri kat pokok besar berhampiran tasik tu dan bersumpah tak akan ada seorang pun yang boleh ambil haknya. 

Perrons Family

Selepas kejadian tu, ada yang beli rumah & tanah ni dan malangnya semua ahli keluarga mati dalam keadaan tragis....tahun demi tahun berlalu... Family Perron ni pula berpindah ke rumah agam ni..maka bermula lah episod menakutkan..saban malam anak-anak perempuan Perron menjerit ketakutan akibat diganggu..



Mereka bertemu dengan pasangan The Warrens ni minta tolong selesaikan gangguan yang mengganggu mereka sekeluarga...

Dapat kah The Warrens ni selamat kan keluarga itu....? ha....itu kena tengok sendiri...baru la boleh rasa macam mana jantung you all dup..dap...dup dap dengan laju...sampaikan ada satu part tu...I rasa macam dah tak mampu dah nak tengok siap tutup mata dengan tangan...tapi intai-intai juga di celahan jari...heeee... :-P

Ha...dalam cerita ni dikenalkan dengan Annabell...patung berhantu 
Lepas cerita The Conjuring.... baru ada filem Annabell..filem ni baru je ditayangkan beberapa bulan yang lepas,,

I dah tengok juga....(^_^)

Nanti I cerita eh.....till next time.....tata... 


p/s: sekadar hiburan sahaja ya...jangan sampai terbawa-bawa dalam kehidupan sudah lah...tiada yang lebih berkuasa selain Allah.. :-)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...