Kisah ini dipetik daripada status Ebit Lew..benar-benar terkena pada batang hidung sendiri..walaupun kisah kami tak serupa..tapi masih ada persamaan.
Well...di masjid ada jemput imam daripada Thailand untuk mengimamkan solat Isyak dan Tarawih sepanjang bulan puasa ni. Imam muda ini akan habiskan 30 Juzuk Al-Quran dalam masa 20 hari..
Bermakna bacaan surah akan menjadi panjang lah kan...agak meletihkan dan buatkan I hilang tumpuan bila Imam baca surah yang panjang...
Pagi tu...masa I buka facebook...I jumpa status ni.... Ya Allah....lemahnya iman ku...(-__-)"
Teringat semasa saya di Thailand. Satu masjid di sana, dalam tarawih satu malam 3 juz Al-Quran. Lepas 4 rakaat saya terasa malas campur penat jadual ceramah dan dakwah yang penuh. Saya sambung solat dengan kawan saya dalam bilik rehat. Lemah iman.
Kawan saya kata Ya Allah, lamanya solat. Tapi selepas habis 23 rakaat kami tengok seorang kawan perjalanan kami umur 96 tahun masa tu bongkok berjaya habiskan solat 23 rakaat dengan tanpa bergerak-gerak dalam solat. Juga seorang sahabat kami umur 86 tahun. Keduanya berjaya habiskan 23 rakaat dengan tenang.
Bila waktu malam pakcik yang umur 86 bangun tahajud pukul 2 setiap malam. Hj yang umur 96 bangun tahajud pukul 3.00 sampai sahur dan subuh. Bayangkan sepanjang Ramadhan bersama kami, mereka tahajud begitu.Mungkin begitulah hidup mereka sepanjang tahun.
Malunya kami yang muda ini.
Saya tanya haji 96 tahun ,macam mana haji
boleh tahan solat lama-lama macam tu? Habis solat tarawih lebih kurang pukul 12 malam.
Jawabnya inilah masanya kita nak dengar Allah cakap dengan kita. Dia bagi nasihat pada kita. Masa untuk dengar perkataan Allah dalam tarawikh. Inilah masanya kita mendengar indahnya Quran. Itulah antara nikmat tarawih ni.
Kadang-kadang sayu kerana kita tidak faham. Tapi nikmat mendengar dan menangis kerana dia sayang kita. Untuk makan pun kita boleh beratur lama-lama. Takkan solat sekejap kita tidak tahan.
Ya Allah pilihlah kami solat tarawih dengan khusuk dan seronok mendengar bacaan Al-QURAN sambil menangis merinduiMu ya Allah.
Ya Allah pilihlah kami untuk bangun tahajud juga dan menangis merinduimu
Hanya air mata yang dapat mengubat rasa rindu padaMu YA ALLAH- terimalah kami semua-ebit lew
Ayat yang I merahkan itu benar-benar buatkan I terasa...betapa Allah sayangkan kita....betapa tidak bersyukurnya kita, kita adalah hamba-hambanya yang terpilih...tapi kita sia-sia kan... Allah...ampunkan aku..(-__-)"
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua....Selamat Berpuasa kawan-kawan.. :)
p/s: malam ni Imam muda dari Palestin pula...kita tengok macam mana... (^_^)
Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua....Selamat Berpuasa kawan-kawan.. :)
p/s: malam ni Imam muda dari Palestin pula...kita tengok macam mana... (^_^)
1 comment:
belum pernah lagi pergi terawih yang ada imam luar kawasan yang imam kan.
beruntung la awak~
Post a Comment