Wednesday, July 24, 2013

PENGIKRAR PENDERMAAN ORGAN



Hye Fwens...!!
Hmm...nak tanya ni..tahu tak pasal Derma Organ ni...? 
I sure...pasti you all dah tahu kan...kempen giat juga di jalankan..

So....you all dah berikrar sebagai penderma ke belum..?
I dah...(^_^)

Baru juga tahu ni.... dulu memang nak join sebagai Pengikrar Organ ni...tapi asik delay je..
Semalam entah macam mana tergerak hati...saja tanya pakcik Google...nah jumpa...


Mudah sangat nak mendaftar...
You all boleh pilih tuk download borang or daftar secara online...

I tak perasan cara daftar secara online...tu yang download borang..
Lepas dah siap isi form ni..terus fax pada nombor yang diberikan..

Dalam masa setengah jam...dapat email dari mereka yang mengesahkan penerimaan dan akan hantar kad kepada kita dengan segera...see...pantas kan...?

Siapa mereka ni...??

Meh rujuk di laman web ini... 

http://www.agiftoflife.gov.my @ Pusat Sumber Transplan National 


Ini lah laman web nya...baca la untuk keterangan lanjut dan start menjadi Pengikrar..
Ye lah....setidak-tidaknya kita dapat membantu orang yang memerlukan bila kita dah tiada nanti..yer tak..?

Kalau nak daftar secara online....pergi pada web ni and click pada arrow merah tu..

Apa tunggu lagi...jom lah...dah dapat kad nanti I tunjuk eh...

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.... (^_^)

P/S : Masih ingat akan cerita Dejavu Di Kinabalu...? (^_^) 

Monday, July 15, 2013

LEMAHNYA IMAN KU



Kisah ini dipetik daripada status Ebit Lew..benar-benar terkena pada batang hidung sendiri..walaupun kisah kami tak serupa..tapi masih ada persamaan.

Well...di masjid ada jemput imam daripada Thailand untuk mengimamkan solat Isyak dan Tarawih sepanjang bulan puasa ni. Imam muda ini akan habiskan 30 Juzuk Al-Quran dalam masa 20 hari..

Bermakna bacaan surah akan menjadi panjang lah kan...agak meletihkan dan buatkan I hilang tumpuan bila Imam baca surah yang panjang...

Pagi tu...masa I buka facebook...I jumpa status ni.... Ya Allah....lemahnya iman ku...(-__-)" 

Teringat semasa saya di Thailand. Satu masjid di sana, dalam tarawih satu malam 3 juz Al-Quran. Lepas 4 rakaat saya terasa malas campur penat jadual ceramah dan dakwah yang penuh. Saya sambung solat dengan kawan saya dalam bilik rehat. Lemah iman. 

Kawan saya kata Ya Allah, lamanya solat. Tapi selepas habis 23 rakaat kami tengok seorang kawan perjalanan kami umur 96 tahun masa tu bongkok berjaya habiskan solat 23 rakaat dengan tanpa bergerak-gerak dalam solat. Juga seorang sahabat kami umur 86 tahun. Keduanya berjaya habiskan 23 rakaat dengan tenang. Bila waktu malam pakcik yang umur 86 bangun tahajud pukul 2 setiap malam. Hj yang umur 96 bangun tahajud pukul 3.00 sampai sahur dan subuh. Bayangkan sepanjang Ramadhan bersama kami, mereka tahajud begitu.Mungkin begitulah hidup mereka sepanjang tahun. Malunya kami yang muda ini. 

Saya tanya haji 96 tahun ,macam mana haji boleh tahan solat lama-lama macam tu? Habis solat tarawih lebih kurang pukul 12 malam. 

Jawabnya inilah masanya kita nak dengar Allah cakap dengan kita. Dia bagi nasihat pada kita. Masa untuk dengar perkataan Allah dalam tarawikh. Inilah masanya kita mendengar indahnya Quran. Itulah antara nikmat tarawih ni. 

Kadang-kadang sayu kerana kita tidak faham. Tapi nikmat mendengar dan menangis kerana dia sayang kita. Untuk makan pun kita boleh beratur lama-lama. Takkan solat sekejap kita tidak tahan.

Ya Allah pilihlah kami solat tarawih dengan khusuk dan seronok mendengar bacaan Al-QURAN sambil menangis merinduiMu ya Allah. Ya Allah pilihlah kami untuk bangun tahajud juga dan menangis merinduimu 

Hanya air mata yang dapat mengubat rasa rindu padaMu YA ALLAH- terimalah kami semua-ebit lew


Ayat yang I merahkan itu benar-benar buatkan I terasa...betapa Allah sayangkan kita....betapa tidak bersyukurnya kita, kita adalah hamba-hambanya yang terpilih...tapi kita sia-sia kan... Allah...ampunkan aku..(-__-)"

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat buat kita semua....Selamat Berpuasa kawan-kawan.. :)

p/s: malam ni Imam muda dari Palestin pula...kita tengok macam mana... (^_^)

Saturday, July 13, 2013

SALAM RAMADAN



Hrumm...agak-agaknya ada yang masih ingat kat I tak...? hew...hew...hew.... (^_^)
Makin lama...blog semakin sepi..

Bukan tak mahu nak update...tapi...saat jari jemari menyentuh papan kekunci..automatically otak jadi kosong.....tiba-tiab vitamin M menyerang...(ok ini hanya alasan baru yang I cipta...alasannya..tetap sama..keseronokkan itu semakin pudar..keadaan semakin berubah mengikut peredaran masa)

Dikesempatan ini...I nak ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Puasa buat semua...Alhamdulillah kita masih lagi diberi kesempatan untuk berpuasa pada tahun ini. Apa yang I harapkan agar ramadan kali ini lebih baik daripada ramadan yang lepas, insya'Allah Amin.



p/s: Nanti I sharekan satu kisah yupp....peringatan/teguran yang Allah beri melalui facebook untuk I... :)

p/s/s : memang I tak aktif di blog...tapi I ada je kat Facebook...kot ada yang sudi nak berkawan...hantar-hantar lah friend request kat FB I yupp.. :) 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...