Hari terakhir pada tahun 2012..
I agak teruja juga dengan kedatangan tahun 2013 ni....
Sebab...insya'Allah...awal bulan February nanti I akan bekerja di tempat baru..terima kasih di atas doa kalian semua...
Nampaknya rezeki kerja datang dulu daripada jodoh...heeeee...(^_^)V
Sekarang ni tengah dup dap..dup dap...nak serahkan notis berhenti kerja kat boss..hari tu I dah cerita dah pada boss and I ada minta boss pertimbangkan jumlah gaji yang I minta sekiranya boss tak mahu I berhenti dari sini..boss pun kata dia akan pertimbangkan, bagi dia masa.
Tapi bila difikir-fikirkan semula, I harus berubah.....I harus cuba di tempat lain..sampai bila I nak duduk di sini...walaupun I sayang sangat dengan tempat kerja sekarang..
Ada yang best dan tak bestnya di tempat kerja baru tu nanti..
Yang best...dapat balik awal...pukul 5 dah boleh cabut...kat sini...pukul 6..
Yang tak bestnya....hari Sabtu I kena kerja full day..kalau kat sini...1/2 day je...huhu..
Masih takde rezeki tuk dapat tempat kerja yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad.
Tak apa la kot...I cuba bincang dengan Incik Boss yang baru agar ubah waktu kerja I..bagi hari Sabtu tu half day...tengok la macam mana nanti...kalau tak boleh...myb I akan I cuba cari peluang lain...walaupun I tak bape suka tukar-tukar ni...
Macam my dad kata...adakalanya bila kita mula bergerak....lepas tu rezeki akan mula datang satu persatu..
Masa depan blog pula macam mana...?
I tak tahu....huhuh....sekarang ni pun agak payah tuk I update...nak jenguk kawan-kawan pun masa agak terhad...ada takde malam je...tu pun datang ke blog you all senyap-senyap...fon I mengong..tak boleh nak drop komen....di tempat baru nanti...tak pasti (^_^)
Apa yang I harapkan...agar tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun ni...apa yang dah berlaku sepanjang tahun ini...yang baik kita kekalkan, yang tak baik kita jadikan peringatan agar tidak berlaku lagi perkara yang sama.
Apa pun.....Selamat Tahu Baru 2013 kawan-kawan....moga tahun baru ni membawa lebih kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan buat you all semua...
Ada azam baru? atau carry forward yang tahun lepas..? hehehe... I pun carry forward juga...ngeeee (^_^)V
p/s : phewww....panjang lak I bebel kali ni...sorry..