Monday, August 27, 2012

AIDILFITRI 2012


Sepertimana yang I dah janjikan pada entri yang lepas.....
ni nak share sikit gambar-gambar raya tuk tahun ini..

semua buat sendiri..dari anyam ketupat sampai lah ke rendang dan kuah kacang..

ketupat tu...Adin la yang anyam....I memang pangkat F buat mende alah ni..

tapi bab masak rendang & kuah kacang.... jeng..jeng..jeng....

tahun ni I yang masak....tapi rasa tetap sama macam my mom punya rendang..sebab..??

my mom arah je masuk itu..masuk ini..banyak mana...I ikut je la... (^_^)

kuah kacang...lupa nak snap...

seperti kebiasaan....seawal jam 5 pagi dah bangun..bersiap..
masukkan bag2 dalam kereta...lepas siap solat subuh...bermula la sesi bermaaf-maafan..

macam dalam gambar pada entri yang lepas...sila scroll ke bawah yupp...previous entry (^_^)

destinasi pertama..adalah menziarahi kubur di Masjid Klebang Besar..
family sebelah my dad semua dikuburkan di sini...

gambar no 2 tu....kubur kakak kita.. Durratul Jannah
hari ni 27 Ogos 2012...hari lahir dia tau yang ke 28 tahun

bagi yang tak tahu kisah kakak I ni...sila click link pada nama beliau...pada yang dah lama mengikuti..pasti dah tau kan...(^_^)

selesai sesi menziarah....ke rumah nenek pula...
tengok je la aksi-aksi kami dalam gambar di atas..

tahun ni gambar banyak yang gegar....hrummm....tangan masing2 gigil la kot..banyak makan ketupat.. ;P

lepas solat aidilfitri..rumah nenek mula penuh dengan anak menantu..cucu cicit..

dalam pukul 11 pagi...kami bersalam-salaman..dan bergerak ke Johor la pula..


tak banyak gambar kat Johor.....entah kenapa tak ada mood sangat nak snap-snap..padahal kat Johor lagi seronok dari kat Melaka..

mungkin seronok sangat sampai malas nak ambil gambar...huhu..

oh ya...lupa....tempat wajib kami ziarah..

kubur arwah Tok Tan di Perkuburan Islam Mahmodiah JB...dekat belakang Hospital Sultanah Aminah...orang JB tau la kan...?


Hari ke dua.....sempat ziarah 2 buah rumah saudara..lepas tu duduk kat rumah Tok Ne tunggu saudara dari Singapore datang...

hmmm....memandangkan jalan dari Singapore ke JB jammed teruk..kami pun jenuh juga la menunggu..tak dapat nak bergerak ke mana..

sudahnya..malam itu....kami melawat Danga Bay..

nampak tak ada bunga api kat gambar 1st tu..? seolah-olah mengalu-alukan kedatangan kami..(^_^)

tapi xde apa yang best pun kat sini...pusing2...balik...

ingat nak try tauhu bakar kat Dataran Johor Bahru..ala yang ada jam beso tu...tapi ramai sangat orang..cancle...huhu

dan raya ke tiga......masa untuk pulang..

lepas tapau kuih raya kat rumah Tok Ne..hehehe... kami pun gerak balik..

tapi tak balik terus ke Melaka tau.....

nak tahu kami ke mana...?

nanti I story morry lagi eaa..... (^_^)

p/s : apa pula cerita raya you all tahun ni kan...nanti I terjah slow..slow eh... (^_^)

15 comments:

Kakzakie Purvit said...

Alahai terbaliklah kita dik. Kakak raya pertama tu ziarah mak saudara kakak yg kehilangan anak sulungnya di Melaka. Tapi tak tidur sana, balik Johor semula petang hari yg sama..



fara said...

Dah lamee polo blog nabilah.
Tp skrg bru tau psl kakak nabilah.
Haiyoooo~

T___T

Rinna said...

Meriah jugak rayanyaa.. dari melaka ke johor..tuh..

Nyum2 sedap tgk ketupat dah rendang ..tuh :)

Aliesha Kirana said...

seronoknyaaaa sambil beraya berjalan-jalan. heeee. AK xkemana sgt pun raya ni. gmbo pun xde. sobss.

ingtkan td nak mula aktif blog, skli keje byk lak dtg. hahaahah. tunda lg la plan AK. kah3

esok2 la update. teheeeee!

Ati Masrif said...

kak ati pun tak reti anyam ketupat
biru tahun ni nabilah


p.s: TQ atas kriman kad raya
dah 2 tahun tu..insyaAllah tahun
depan baru nak balas..hik3

Leeya Hezlin said...

ketupat dan rendang tu nampak menyelerakan.. :)

tahun ni kami satu family jalan jauh..hehehe..

En iLHAM said...

saya baru tau famili akak ada kat johor, sekampung lah kita kan..hehe

selamat hari raya kak

PS: akak punya kad raya dah sampai. terima kasih banyak2 kak. tak sangka dapat kad raya dari akak

pipoq said...

siap ada cerita bersiri untuk entri Syawal ni..hehehe..

adol ihsan said...

Salam ..

Ketupat dan rendang tu nampak macam sedap.. Selamat ari raye.. =)

Syat0za Zai said...

tak pernah lagi rasa ketupat anyam tu ..wuwuuwu

Rina Rahamat said...

oh nabilah ada dtg beraya kt jb rupanya..akak pulak balik kluang..kalau x.. boleh ajak nabilah dtg umah akak..akak ada gak gi merlimau..raya ke-3 kot

Rina Rahamat said...

oh ya..tq ya kad raya..akak bz sgt sebelum raya tu x sempat nk update kat blog :))

Cikgu Ma said...

syoknya raya...

Dkna Abza said...

yang telah pergi tidak dilupakan :)

zEri sAfEerA said...

ok la 2. sy ni lagi la. tlg kacau je, hehe :D

wow,,, tauhu bakar. pnah mkn dulu time g johor. tp dah lame la. 2,3 thn lpas kot. hee :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...