Thursday, March 08, 2012

BAS DI MELAKA



photo credit

Hmm....apa yang I nampak sekarang ni..bas-bas di Melaka sudah di upgrade...tiada lagi bas-bas buruk bagaikan nak roboh berada di jalan raya di Melaka....

Bas Pat Hupp dengan Melaka sangat sinonim...

I membesar dengan Bas ini......

photo credit

dalam gambar ni....bas ni nampak segak lagi...kalau yang tak tau..ada bas yang lagi uzur daripada ni..
kalau naik pun..sure gegar satu badan...hehehe...

nama je orang Melaka, tapi I jarang naik bas kat Melaka....tak reti pun ye juga....

my parent tak bagi keluar ke bandar sendiri...mana nak tahu nya..? pergi sekolah pun naik basikal...bila ke masanya nak naik bas...?

Bila reti nya...??

bila I sambung study kat PJ....bas dah jadi pengankutan harian dah..selain dari LRT...boleh la tahu berapa tambang...berapa nombor bas...

cuba kat Melaka...? memang I tak tahu.....huhu..

photo credit

berkuat kuasa 1 Feb 2012..perkhidmatan bas telah di ambil alih oleh kerajaan tempatan...

sekarang ni... ini la bas rasmi negeri Melaka..... Panorama..modern..comel....

dan paling terbaru........


photo credit
eh macam kenal je kan...? Bas Rapid...

yupp...dulu masuk Penang....sekarang ni masuk Melaka pulak...cuma label je la bertukar...masih menggunakan Panorama


gambar semalam ni...on the way balik dari kerja....bas ni dah masuk ke area rumah I...tapi kat luar je la..nak ke dalam..harus la menapak..huhuhu...

buat masa ni laluan, masa masih belum teratur....ye la baru lagi tukar management kan...hope masalah ni selesai la secepat mungkin..

kat tempat you all transport awam mudah tak..?



p/s :tiba-tiba rasa rindu lak kt zaman belajar dulu...melangok kat bas stop tunggu bas...bersesak-sesak dalam LRT... (^_^)

p/s/s : lupa pulak nak wish Selamat Hari Wanita untuk semua blogger Wanita..!! (^_^)V

17 comments:

Cikrosecute said...

melaka dah maju...tue bas cantik-cantik dah sekarang...

Aliesha Kirana said...

AK sampai skrg masih guna bas awam heeheh. almaklumlah lesen satu hape pn blom ade. hihih.

dl AK pn naik bas buruk. sejak bas tu dihentikan perkhidmatan, AK guna bas rapid. siap buat kad lg. senang heeheh.

wah melaka pun dh sampai rapid! hip hip hurray! hehheh

Kakzakie Purvit said...

Cantiklah bas baru sebab Melaka tempat kunjungan ramai pelancung. Nak jaga imej juga.

Kakak pun sejak dah tak belajar tak pernah lagi naik bas...

musang said...

tak suka naik bas hehe

pipoq said...

bandar Ipoh sekarang ni pun dah guna bas bas awam yang baru..tu pun lepas dah banyak sangat komplen..tapi belum menyeluruh lagi la..

MiMiEy :) said...

kat perak entah le sbb dh lama tk naik bas. klau skolah tiap2 hari naik bas awam. semua uzur2. haha

Unknown said...

bagus la dorang updgrade bus2 kat Melaka..sesuai dgn title bandar bersejarah kan..tumpuan pelancong lagi..:)

NIA said...

dkt kwsan rumah susah lg sistem bas awam huhu.mybe sbb kt kmpung kot.kalo nak naik bas kena keluar jauh.so better naik kete je :D

Kella said...

bas saya dulu namanya.. bas HIMDA.. hahaha.. ada lagi ke.. huhu...
selamat hari wanita dear.. =)

ainz said...

Wahhhh...melaka dah ada rapid!! Sangat teruja,ok..harini sy balik melaka..xsabar nk usha bas2 baru.. :D

Teringat zaman matrik dulu..nak p mahkota naik bas pat hup..mmg bergegar,la otak..huu

Siti Nurhayati Dollah said...

Wah, dapat bas baru. Selesa sikit nak berulang-alik. ;)

asliner said...

dulu kecik2 rajin gak naik bas..
kalau gi sekolah tak naik basikal n balik mak tak dapat ambik, kompem kene naik bas..
kalau hari minggu nak kuar gi bandar..
ayah allow kiteorang naik bas..
tetapi dengan syarat ada kawan..=)

ainz said...

okay..sy dah nampak bas rapid ditampal words 'Panorama' :D

Afzainizam said...

wahhhh bus melaka berubah wajahhh semua dah baruuuu... bus patt hup mmg meninggalkan kenangan...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy pemasangan sticker bomb kereta

Anonymous said...

Assalamualaikum,
Saya ingin mendapatkan nombor telefon beberapa syarikat bas persiaran atau sekolah bagi tujuan menyewa untuk lawatan sekitar bandar Melaka dalam bulan September nanti.
Terimakasih.
Boleh dihubungi di wanmakhzan@gmail.com

Melaka Boy said...

Salam... Walaupun bas sudah baru, laluan kampung saya yang sebelum ini ada bas masih tidak berganti! Cuba teka laluan manakah itu?

Unknown said...

wowww....rindu aku kt bass kampung nenek aku ni,memang syokkk naik ramai2 dngan sepupu masa tu,g masjid tanah dripada lubok china,ramuan china kecik,best btol kenangan menunggu dia nk smpai adoaaiiii..ada jgak bas bunga raya masa tu..tpi seingat aku la drebar yng ada sorang tu,pakcik la dia mcm garang ckit,sebb seram tngok muka dia mcm OKU..ada ke x lg pkcik tu..kenangan sngat masa tu,la ni semua atuk nenek dh x dak,kampung pun x dek sape dh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...