Monday, December 31, 2012

SELAMAT TAHUN BARU 2013


 
Hari terakhir pada tahun 2012..
I agak teruja juga dengan kedatangan tahun 2013 ni....
Sebab...insya'Allah...awal bulan February nanti I akan bekerja di tempat baru..terima kasih di atas doa kalian semua...

Nampaknya rezeki kerja datang dulu daripada jodoh...heeeee...(^_^)V

Sekarang ni tengah dup dap..dup dap...nak serahkan notis berhenti kerja kat boss..hari tu I dah cerita dah pada boss and I ada minta boss pertimbangkan jumlah gaji yang I minta sekiranya boss tak mahu I berhenti dari sini..boss pun kata dia akan pertimbangkan, bagi dia masa.

Tapi bila difikir-fikirkan semula, I harus berubah.....I harus cuba di tempat lain..sampai bila I nak duduk di sini...walaupun I sayang sangat dengan tempat kerja sekarang..


Ada yang best dan tak bestnya di tempat kerja baru tu nanti..
Yang best...dapat balik awal...pukul 5 dah boleh cabut...kat sini...pukul 6..
Yang tak bestnya....hari Sabtu I kena kerja full day..kalau kat sini...1/2 day je...huhu..
Masih takde rezeki tuk dapat tempat kerja yang cuti pada hari Sabtu dan Ahad.

Tak apa la kot...I cuba bincang dengan Incik Boss yang baru agar ubah waktu kerja I..bagi hari Sabtu tu half day...tengok la macam mana nanti...kalau tak boleh...myb I akan I cuba cari peluang lain...walaupun I tak bape suka tukar-tukar ni...

Macam my dad kata...adakalanya bila kita mula bergerak....lepas tu rezeki akan mula datang satu persatu..


Masa depan blog pula macam mana...? 

I tak tahu....huhuh....sekarang ni pun agak payah tuk I update...nak jenguk kawan-kawan pun masa agak terhad...ada takde malam je...tu pun datang ke blog you all senyap-senyap...fon I mengong..tak boleh nak drop komen....di tempat baru nanti...tak pasti (^_^)

Apa yang I harapkan...agar tahun baru ni akan lebih baik daripada tahun ni...apa yang dah berlaku sepanjang tahun ini...yang baik kita kekalkan, yang tak baik kita jadikan peringatan agar tidak berlaku lagi perkara yang sama.


Apa pun.....Selamat Tahu Baru 2013 kawan-kawan....moga tahun baru ni membawa lebih kegembiraan, kejayaan dan kebahagiaan buat you all semua...

Ada azam baru? atau carry forward yang tahun lepas..? hehehe... I pun carry forward juga...ngeeee (^_^)V

p/s : phewww....panjang lak I bebel kali ni...sorry..   

Wednesday, December 26, 2012

INDERAPURA LAKE RESORT PEKAN PAHANG


Nah...seperti yang dijanjikan....I nak cerita tentang Inderapura Lake Resort
Antara tempat penginapan yang ada di Pekan Pahang.

photo credit
Yang ni pinjam gambar orang... I lupa nak snap..
ini untuk yang berminat nak menginap di sini la yupp..

Cantik juga tempatnya....berdekatan dengan kawasan Go-kart..

Rate semalam dalam 100++ dan ke atas..

Tempatnya agak luas, kalau nak buat family day....dah ok sangat dah ni..

photo credit
macam ni la keadaan dari dalam bilik, di belakang ada tasik....


asik tengok gambar orang je...nah ni gambar yang I snap sendiri..
mendung je time ni kan..? yupp...lepas je I snap...hujan turun selebat-lebatnya..


breakfast....
cantik tempat makannya...ada gambar-gambar menteri besar pahang, raja-raja pahang...
gambar PM kita pun ada gak..
Cuba tengok bahagian atas tu...

Bab breakfast...hurmm..patut diperbagaikan lagi menu..
pagi yang pertama...nasi impit & kuah kacang + roti..itu je....huhu..

hari ke dua..... mee hoon goreng + roti... alahai...
makan je la apa yang ada...alas perut..kalau buat nasi lemak, nasi goreng ke....ok dah...


masih lagi hujan......kami makan atas tasik....huhu...


lepas makan..... dok kat lobby jap... Internet.....huhu...


lobby....dan hujan pun dah berhenti.....


jom pusing-pusing area Go-Kart lak..
yang benarnya...macam taman reakrasi...besar tempatnya...tapi tak meriah sangat...
mungkin tempat ni akan meriah bila ada event-event besar..



 
dah pusing-pusing...kami bersiap pergi rumah kawan my dad lak.....kenduri kahwin...
macam mana basahnya jalan yang you all tengok dalam gambar ni..
macam tu juga la kat rumah pengantin..

sebab tu takde gambar pengantin..masing-masing tak kuasa nak bergerak sangat..huhu..

wokeh...mari kita lihat waktu petang pula yupp..time ni dah tak hujan dah..

tadaaa...cantik tak....? (^_^)
kat belakang resort ni la.....

see...semua bilik mengadap ke arah tasik...

tu....tempat kami makan....ambil dari sisi lain lak... 
nampak tak tulisan kuning nun jauh di sana tu..?

kita zoom...zoom eh...
ada tulisan ni je....
waktu petang ada juga yang datang memancing....

gambar last.....dah nak gelap dah ni.....

itu lah ceritanya....kalau yang berminat nak tahu lebih lanjut tentang resort ni...call saja nombor yang tertera tu yupp... 

Tuesday, December 25, 2012

SELAMAT BERCUTI


masa untuk rehat......

semalam....tak menang tangan I siapkan kerja.....kepala pun serabut..
mau rehat..

apa aktiviti hari ni......rasa macam nak pi cuci rambut & potong terus....
imej baru la kot...heeeee... (^_^)

Selamat bercuti kawan-kawan....jangan lupa esok kerja balik.. 

Friday, December 21, 2012

BANDAR PEKAN PAHANG


Semalam I ada bagi tahu yang lepas ke muzium, kami ke Pekan Riverfront kan..?
Buat apa di sana...?

tadaaaa.....cari durian..
dalam perjalanan ke Pahang lagi....kami dok skodeng2 durian yang orang kampung mahupun orang asli jual..

makan kat situ juga....beli tak banyak..ada la 4 biji...semuanya sedap..
bagus penjual ni...sediakan tempat makan...siap sediakan air lagi..
ingatkan kena bayar air tu...rupanya free...cuma bayar untuk durian je.. 

 tu...nampak tak pintu gerbang Pekan Riverfront..?
Macam biasa lah, kami baru je nak start makan...datang lagi dua tiga kereta berhenti tuk beli dan makan durian juga... masa mula-mula datang....xde orang pun...huhu..(^_^)

tak pergi pun kat sungai tu...kami sambung perjalanan pusing bandar Pekan..tengok pengkarangan Istana..

Istana Abu Bakar
kalau waktu malam...memang meriah dengan lampu...

pusing-pusing di padang Polo pula...
orang-orang kat situ tengok je kiteorang....hehehe...pelik ke bila tengok orang bergambar..
orrr...memang tak boleh bergambar di sini..?? maklum lah kawasan Istana..

Aih...takkan la tak boleh bergambar yer tak...?
Ni tolong promote Pahang gak ni...huhu..

Kami orang Melaka...takde Raja....tak tau bab2 ni...huhu.. (^_^)

Sekolah Kebangsaan Seri Terentang...tempat my dad mengajar 30 tahun yang lalu...
time tu my dad belum kawin lagi...bila dah balik ke Melaka semula baru kawin dengan my mom

and..
rumah putih ni..rumah sewa my dad dulu...my dad kata warna dan bentuk rumah masih belum berubah..

gigih tak ambil gambar rumah ni..? pelik gaknya orang kat dalam rumah ni bila nampak kami snap2 gambar depan rumah dia..hehe...

Kami ambil kesempatan masuk kawasan kampung di situ...wah teruja bila tengok buah-buah rambutan yang merah dan kuning berjuntai-juntai di dahan...buah-buah durian yang masih ada di pokok,..mahupun yang dah gugur di tanah... (^_^)

sambil my dad bawa kereta, sambil tu dia mula la nostalgia dia di sini...


penat berpusing......kami singgah makan di CRK Restorant tuk makan malam..
Kerapu 3 Rasa kat sini sangat la sedap..!! 

Ok lah....nanti I cerita pasal Inderapura Lake Resort pula yupp....gambar orang kahwin..?
errr....tak ambil pun...sebab...nanti la I cerita...

Sampai di sini dulu...take care dear fwens..!! (^_^)

Thursday, December 20, 2012

PEKAN PAHANG - MUZIUM SULTAN ABU BAKAR

 
Ok..kita sambung cerita semalam yupp..

14 Disember 2012

Dalam  pukul 9 pagi kami dah gerak dari Melaka ke Pahang, my dad nak solat Jumaat di Bandar Muadzam Pahang.

Dalam pukul 1 tengahari sampai ke Bandar Muadzam..so kami duduk je la dalam kereta menanti orang Azan sambil memerhatikan kaum-kaum Adam datang ke masjid  untuk menunaikan Solat Jumaat.

Pandangan biasa yang I nampak, sampai je kat Masjid, dieorang akan hisap rokok dulu..huhu..
Selesai orang solat Jumaat, turn orang perempuan pula masuk masjid, solat Zuhur la pulak.

Kami pusing area situ tuk makan tengahari....erm....agak mahal ye harga makanan kat sini...

Lepas tu...zoommmm ke Pekan Pahang.
Kenapa ke Pekan Pahang? kawan baik my dad buat kerja kahwin...so sebagai sahabat baik harus la pergi yer tak..? 

Bab majlis kahwin tu..nanti I cerita yupp....I share gambar kat muzium dulu...
Sampai Pekan Pahang, check in di Inderapura Lake Resort, malam tu pula pusing-pusing bandar Pekan, Si DD Didott sudah nampak muzium..so asik la dok mention nak ke sana..

So lepas kenduri kahwin, rehat-rehat jap di bilik, petang tu keluar semula...pergi muzium..
Gambar semalam tu di dalam muzium ini la, bukan dalam istana..hehe..

Sila nikmati gambar-gambar di sekitar muzium Sultan Abu Bakar ini.
Actually tak boleh ambil gambar tau, tapi petugas muzium yang sangat baik lagi ramah tu kata kalau guna handphone tak apa..

So...kami apa lagi...mula la beraksi..

Seriously petugas di muzium ni sangat baik, murah dengan senyuman..walaupun time tu muzium dah nak tutup, tetap melayan pelawat dengan baik sekali..pujian ikhlas ni..bukan bodek (^_^)
 
deretan gambar raja dan permaisuri Pahang 
banyak lagi gambar kat sini...I pilih sikit-sikit je...jadi la kan... ;)

budak exited..... 

di luar muzium...time ni muzium dah tutup dah....so kami bergambar di sini la pulak...
lepas ni ke mana pulak...?

Kami ke Pekan Riverfront pulak...tak jauh pun dari muzium....buat apa..?
next entri la yupp... (^_^)V

p/s: ada orang pahang di sini..ce angkat jari... (^_^)

Wednesday, December 19, 2012

PEKAN PAHANG



kat mana ni..? dalam Istana kah..?

Intro tuk cerita di Pahang.....nanti I update full story yupp..
I dah belek dah gambar-gambar semalam...ingat nak edit..tapi mata dah tak larat nak buka...huhu.. (^_^)V


p/s : sedang menyusun ayat tuk berbincang dengan Encik Boss....susahnya...(-__-)"
 

Monday, December 17, 2012

FREE GIFT - PART 2



Hello fwens..!! Happy Monday.. (^_^)
Kembali ke office seperti sedia kala..lemau je rasa bila memikirkan report2 yang tak ber update sejak dua minggu yang lepas...huhu..tengah buat la ni, tapi berhenti jap bagi laluan tuk I update blog. Kejap lagi sambung semula.. (^_^)

Meh I nak tunjuk apa yang I dapat hari Khamis yang lepas.. 

tadaaaa..... hambik kotak besar tu...huhu..
 I ada jawab survey yang Kotex pernah hantar melalui email I dulu..
saja je I join...tak sangka I di kalangan 150 orang yang bertuah... Alhamdulillah.. 

masa mende alah ni sampai...tak de orang pun kat rumah, so posmen tu bagi pada jiran sebelah..mujur dihantar pada hari Khamis...buatnya hari Jumaat... time tu I dah ke Pahang dah... 
nanti I cerita bab pergi Pahang tu yupp..

24 pack pantyliner..boleh digunakan selama 2 tahun...huhu.. 

yang ni pun I dapat 24 pack.....tuk dua tahun gak...hew..hew..hew..

sengeh sorang-sorang bila tengok mende alah ni..hehe..
boleh buka kedai...hehehe... :p
apa pun terima kasih Kotex tuk permberian ini...jimat duit..tak payah beli tiap-tiap bulan lagi.. (^_^) 

p/s:  Kepala dari semalam bawa ke hari ni masih ting tong lagi...durian overdose la kot...huhu... ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...