Thursday, April 15, 2010

NOTA CINTA - PART 2






sorry tak dapat nk sambung cerita NOTA CINTA minggu lepas..otak tiba-tiba tepu..idea tak nak datang..
sorry again coz buatkan kalian yg mengikuti cerita ini menuggu..

..HAPPY READING..

♥♥ **************************************************** ♥♥

http://chuvachienes.com/wp-content/uploads/2008/10/dear_heart.jpg

Tinggal 30 minit sahaja lagi kertas pertama bagi Peperiksaan SPM akan bermula, Sarah resah lalu membelek bukunya. Helaian demi helaian diselak, tiba-tiba sekeping sampul bewarna kuning terkeluar daripada bukunya. Segera dia buka sampul tersebut, ada sekeping kad ucapan GOOD LUCK yang di hiasi dengan gambar anak beruang yang comel.

" alahai comelnyer kad ini..."

Sarah dapat mengagak siapa pengirimnya, lalu dia membuka kad tersebut.

My Dear Sarah,

It's not in the stars to hold our destiny, but in ourselves.
Wish you best of luck.. :)

p/s : I'm sorry for everything.. I didn't mean to hurt you..
I wish I can explain it to you...but..I just cant...
I'm so sorry.

AL

" tiada apa yang perlu di maafkan..." Sarah bermonolg sendiri

Dia menyimpan buku dalam beg dan bersiap sedia untuk masuk ke dewan peperiksaan. Sebelum dia melangkah masuk, dia ternampak Alex. Mereka saling berpandangan, Sarah hanya mampu tersenyum lalu masuk ke dalam dewan.

" good luck to you to Alex..." bisik hati kecil Sarah.

♥♥ **************************************************** ♥♥



Hari demi hari berlalu sehinggalah ke hari terakhir, setelah selesai menjawab kertas peperiksaan terakhir, para pelajar 5 Sains 2 berkumpul di kelas,

dalam satu bulatan besar, Amir selaku ketua memberikan arahan..

" ready....1...2....3...." lalu sama-sama menjerit

" Merdeka...!!!!!!!!" mereka bersorak keriangan.

begitu juga dengan Sarah, segala bebanan yang ditanggung selama ini terlerai sudah, tapi dalam masa yang sama, dia mencari Alex, namun kelibatnya tidak kelihatan,

Sarah berasa hampa lalu dia mengambil buku dan beg yang berada di atas mejanya. Tiba-tiba buku yang berada di tangannya terjatuh, bila Sarah mengambil buku tersebut, Sarah mendapati ada sekeping sampul surat dalam bukunya,

" ada lagi.....pasti dari Alex....."

Sarah membuka sampul tersebut, ada sepucuk surat dan rantai kunci yang mempunyai huruf A dan S. Sarah merenung rantai kunci itu..

" cantik....."

Surat itu di baca, kali ini isi kandungan surat itu agak panjang.

My Dear Sarah...

I have something for you...saya ada letakkan dalam envelope ni juga.
Hope you like it..

Ada perkara yang ingin saya katakan pada awak,
dah lama saya simpan, saya tiada kekuatan untuk meluahkannya,
tapi kali ni saya rasa ini lah masa yang sesuai.


I want you to know that,
you are the best thing that ever happend to me..

Sarah.......
saya sukakan awak...saya cintakan awak...I LOVE YOU..!!!!

puas rasanya bila saya dah luahkan pada awak, awak jagan ambil hati ye..
mungkin awak takdapat menerimanya..saya faham..
saya hanya ingin luahkan sahaja tanpa mengharapkan apa-apa balasan dari awak..


awak tau tak...

saya rindukan masa-masa yang pernah kita habiskan bersama dulu, tapi apakan daya....
semuanya takkan kembali seperti dulu, bila saya rindu...saya hanya mampu memandang awak dari jauh...

sungguh saya rindu..
rindu untuk berbual dengan awak, bergaduh dengan awak and...
berlawan Chess dengan awak...
ingat tak..perlawanan kita masih belum tamat ..?
bila lah agaknya kita dapat menamatkan perlawanan tu kan..?

maafkan saya, kerana saya lah perlawanan itu tertangguh hingga kini..
jika ada umur yang panjang..saya berjanji saya akan habiskan perlawanan itu..
and perjanjian tetap sama..siapa yang menang kena belanja Cendol Mak Ani yang ada di belakang sekolah ni..

asik saya jer yang kena belanja awak kan..?
hope next time awak pula yang akan belanja saya..

selepas ini..saya akan ke Singapura untuk tinggal bersama dengan datuk dan nenek ..
entah bila lah saya akan kembali ke sini..saya sendiri tak pasti..
semoga kita dapat berjumpa lagi...


so..awak jaga diri baik-baik,
semoga berjaya dalam SPM nanti..itu lah doa saya untuk awak.


Remember me sometimes, but forget me not.. :)
I will always remember you..always..always and always..

take care my special one...
I love you...!!!

AL

Sarah menggenggam rantai kunci itu..entah kenapa tiba-tiba hatinya sebak, air mata sudah mula bergendang di tubir matanya.

" kenapa baru sekarang..kenapa tidak dari dulu...? "

"wahai air mata...berhentilah mengalir.....aku tak mahu menangis...berhentilah...."

Sarah mengesat air matanya, dia menggenggam rantai kunci pemberian Alex

" aku takkan lupakan kau Alex...kau lah kenangan terindah buat aku..."

Sejak dari hari itu, mereka tidak berjumpa lagi. Semasa keputusan SPM keluar, Alex tidak dapat hadir, menurut cerita Ong, bapa Alex di isytiharkan muflis, mereka sekeluarga terus menetap di Singapura.

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhZa3_DNWN-ftTsJxWM4buNgSQ1TxqBZs_kQ2bSFmxUEtL2PeZi0HGhh-QyorU74JF-s-GmiD6vlpriiAQBgTFPHwx_FDYCty5FkPMcho4YjKoy2k1zN9WVLnbGxmuFkgU_bsj8O4TL2AI/s400/love-letter-opener-favor-7.jpg

♥♥ **************************************************** ♥♥

" 2314...kaunter 4"

Sarah tersedar dari lamunannya, dia mengerling ke arah papan nombor tersebut dan terus menuju ke kaunter 4.

" saya nak cashkan cek ni and then nak buat bank draft.." ujar Sarah sambil menghulurkan sekeping cek dan borang bank draft.

" ok..minta IC cik..."

Sarah hanya memerhatikan pekerja bank itu menjalankan tugas-tugasnya, dalam masa yang sama dia curi-curi pandang ke arah pegawai bank tersebut.

" hmm...dia memang mirip sangat dengan Alex...Alex ke...? " persoalan mula bermain-main di fikirannya.

" En Adam, customer ni nak buat bank draft.." pekerja yang menguruskan bank draft tadi menyerahkan dokumen kepada pegawai bank tersebut. Sarah hanya menjadi pemerhati.

" Oh...Adam....bukan Alex.....hmm...pelanduk dua serupa agaknya..."

Apabila pegawai tersebut melihat kad pengenalan Sarah, dia terus memandang tepat ke arah Sarah. Sarah sedikit kaget lalu mengerutkan keningnya..

" apasal lak dia pandang aku macam tu...apa IC aku tu paslu ke..? "

segera Sarah memalingkan mukanya ke arah lain

" ok Cik Sarah, ini bank draft nya..."

" terima kasih...."

" eh...Cik Sarah....IC ni tertinggal..."

" owh....terlupa pulak...thnks again...ada apa lagi ke..? " soal Sarah

belum sempat pekerja itu menjawab, dia telah di panggil oleh pegawainya..

" sebentar yer..."

Selang beberapa minit....

" ok Cik Sarah itu sahaja...dan ini dari En Adam..."

sekeping kertas yang terlipat kemas bertukar tangan..

" Apa aja lah ni.."

Sarah membukanya kertas itu lalu membaca isi kandungannya..

Hye Sarah....
How are you dear...?
masih ingat lagi pada saya...Alex Lim..?


Kecilnya dunia, tak sangka kita dapat berjumpa hari ini..

You look so different, lebih cantik dari dulu..
hampir2 saya tak kenal,
but when I saw your IC ,
betul lah sangkaan saya...
you are my Sarah.

anyway this is my number, 019-2950929
I will wait for you call...

Adam Lim Abdullah @ Alex Lim


Sebaik sahaja Sarah selesai membaca nota tersebut, jantungnya berdegup kencang seoalah-olah baru sahaja lepas berlari 100 meter,

" betul ke ni...? Adam...Alex.......dia dah convert..? nombor telefon ni...0929..ini kan nombor...... "

pelbagai persoalan datang menerjah fikiran, tetapi dalam masa yang sama hatinya berbunga-bunga, satu perasaan yang sukar untuk di gambarkan.

" betul la..itu memang Alex..hanya renungan matanya sahaja yang mampu membuatkan hati aku berdebar-debar...hanya dia..."

Sarah mula tersenyum, lalu dia memandang pada Adam. Senyuman masih lagi terukir di bibirnya. Sarah berlalu pergi meninggalkan Adam dengan tanda tanya..

...TAMAT...



♥♥ **************************************************** ♥♥

ok....tamat sudah....

so...sudi2 lah komen....tegur la mana-mana yang patut yupp...

erm....next week nak cerita apa pulak eh...??soal


p/s : hrumm...rindu sangat zaman sekolah...best classmates ever 5 Sains 2 SMST 2002.malu2

12 comments:

Nurul Harun said...

hehehe... nurul klu memula buat cerpen, mmg banyak idea, tp dh lama, beku sudah otakku!

apa2pun, kipidup! :)

SHIMI said...

salam,
nice story...
singgah disini juga

fara said...

Frh membayangkan alex tu sungguh ensem orgnye!
Untongnye sarah!

:P

hasni said...

kak
tamat dah???
huhu
nak lagi nak lagi
huhu

Fiq said...

aii... no phone tu valid ker? nak try call jap. ahaks=p

nabilah_2908 said...

hye Nurul... ;)

hrumm..idea bnyk..tp bila dah start buzz or ada yg mengganggu fikiran..sure otak ni jammed..huhu..

thnks 4 ur support.. ;)

nabilah_2908 said...

hye Shimi..

thnks ya..singgah la selalu..hehe.. :)

nabilah_2908 said...

hye farah...

hrumm..sy bayangkn Alex tu macam Vince AF1..hehe.. ;)

nabilah_2908 said...

hye hasni..

erm...if nk sambung...tk meleret ke nanti..?

nabilah_2908 said...

hye Fiq..

enth la..reka2 jer tu...dah try call ke..?

Shoffee said...

cerita yang menarik.. kipidup!

nurafizza said...

nice...sweet gle!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...