Friday, October 12, 2012

HADIAH TUK IBU


Petang pada birthday my mom...my mom ada cakap yang tahun ni tak ada siapa pun nak bagi hadiah..
Alahai..sayu lak kata-kata dia tu, tapi I buat-buat tak dengar je...hehe..

Bukan tak ada...tapi saja nak bagi surprise sikit.. ;P

Masa my mom keluar ikut my dad pergi ambil Adin kat Melaka Sentral, baru la letakkan hadiah tu kat dalam bilik.  Besar sangat harapan I yang my mom suka la dengan hadiah yang tak seberapa tu... 

nak tengok...meh...

tema untuk tahun ini adalah kesihatan.. (^_^)
I mampu bagi stokin je....my mom selalu juga lenguh-lenguh kaki..so I rasa stokin ni bagus tuk dia..

yang herba life tu dari Adin..
sekarang ni dia dah jadi tukang jual produk ni...ber' business sambil belajar... 

 yang ni dari kami bertiga....muak kalau beli yang sebiji tu..so beli la slice demi slice..
paling favorite Kek sebelah kiri tu..
cuba teka kek perisa apa apa....? (^_^)

perkongsian untuk hari ini.... (^_^)

p/s : Cik Aliesha Kirana...di sini masih belum ada talian internet, update status kt FB pun melalui fon. Bagaimana entri ini terhasil, semuanya auto publish..(^_^)

p/s/s : my mom dah keluar hospital dah, terima kasih pada kawan-kawan yang sudi doa kan kesihatan my mom dan juga wish birthday my mom...terima kasih banyak-banyak..hanya Allah sahaja yang mampu membalasnya..sayangggg kamu... (^_^)

Thursday, October 11, 2012

LUPA NAK STUDY


photo credit
Lokasi :Sebuah Kelas

Z masuk ke salam kelas sambil termangu-mangu bilamana dia melihat rakan-rakan sekelasnya sedang asyik membaca buku. Lalu Si Z menyapa kawannya.

" Kau tengah baca apa tu? kenapa semua sibuk-sibuk baca buku?" 

" Kau tak tahu ke kejap lagi ada exam, tinggal beberapa minit je lagi."

photo credit
" Hah..!! exam? kenapa aku tak tahu...eh..eh..nak baca apa ni..subjek apa?" 

Si Z mula mengelabah, apa yang dia buat serba tidak kena. Mana mungkin dia boleh menjawab kertas peperiksaan pada ketika itu.

" Ala..kau baca je la ayat-ayat yang ada kat dinding tu...." jawab Si H sambil menjuihkan bibirnya. Si Z segera menoleh, malangnya pandangannya kabur, langsung tidak nampak ayat-ayat di situ.

Agak-agaknya apa jadi pada Si Z eh..?

Jawapannya....

Si Z tak jadi nak ambil peperiksaan itu, sebab........ Si Z hanya lah bermimpi... ;P

photo credit
Maybe dok terkenangkan macam mana la masa dia ambil PMR dulu. Ye la peperiksaan PMR baru je bermula kan..? heeee... (^_^)

p/s : Ada simpan niat nak sambung study....ingatkan nak kerja dulu lepas tu baru sambung. Tapi bila dah kerja, sampai ke sudah tak sambung-sambung lagi..huhu.. ;P
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...