Thursday, December 14, 2017

HAPPY 9TH ANNIVERSARY APA KATA HATI

Assalammualaikum... (^_^)

Happy 9th Anniversary Apa Kata Hati..6/11/17 yang lepas...hehe..(^_^)"
Untuk tahun ke 9 ni, I tukar dari guna domain sendiri ke blogspot.com semula..



Ye la..kalau aktif macam dulu..pendapatan blog boleh a buat bayar domain tiap tahun..
Tapi sekarang ni makin suram..sebab tu I tukar ke blogspot.com

Apa pun untuk janji akan aktif semula tu, tidak lah..
Tengok lah macam mana nanti ye..

Thank you for your time..
Love you..!!

Wednesday, March 29, 2017

UMRAH JOURNEY - PART 4


Assalammualaikum... (^_^)

Bila belek-belek I punya google drive, keluar balik gambar masa pergi Umrah tahun lepas.

Tahun lepas? bunyi macam lama, tapi I rasa..eh sekejapnya dah setahun...pantas betul waktu berlalu..

Cerita Umrah hari tu tak habis lagi kan? meh I sambung lagi yupp..

Post yang lepas masih di Mekah, kali ni dah sampai Madinah..

Kebiasaannya jemaah umrah akan turun Madinah dulu baru Mekah betul tak? 
I punya group sebaliknya pula...

Subahanallah.... bila berdiri di hadapan Masjid Nabawi yang tersergam indah...orang sentiasa ramai tapi hati tu rasa damai...tenang je..



Ketika ini bumbung terbuka....time ni baru lepas Dhuha di Masjid Nabawi
Gambar ini ada I share di Instagram.. 


Share sikit gambar tuan punya blog...hehehe...

Dah masuk masjid Nabawi..tujuaan utama tak lain tak bukan mestilah nak masuk Raudah...Makam Rasulullah...

Maka bermula lah misi kita....orang perempuan tak boleh sesuka hati masuk Raudah...ada waktu-waktunya..tidak seperti lelaki yang boleh masuk pada bila-bila masa sahaja.


Tunggu turn...tempat ini sentiasa sesak....berasak-asak...ada yang dah masuk tak nak keluar...



Entrance nak masuk Raudah... 


Alhamdulillah...... (^_^)
muka kelegaan bila dapat melepasi lautan manusia yang sangat ramai kat dalam tu..sampaikan 'Mak Guard' ikat tali di tiang dan berpaut pada tali itu untuk mengawal keadaan..
Susah nak gambarkan dengan kata-kata betapa padatnya manusia...tu baru kaum perempuan je tu..huhu...


Alhamdulillah.....thank you Allah for this opportunity..thank you..!!

Rindu menggebu rasa di dada ketika ini....moga diberikan peluang lagi untuk menjejakkan kaki di sini lagi satu hari nanti... Insya'Allah... (^_^) 


Di Madinah ni, relax sikit. Hotel & Masjid lagi dekat...aktiviti tak ada lain ulang alik hotel dengan masjid saja lah..ziarah sekitar bandar Madinah..

I masuk H&M pakai telekung dengan slipar je...kat sini agak2 nak masuk dengan pakaian macam tu tak? hehehe...

Orang menjual sangat lah ramai...sepanjang perjalanan ke Masjid memang ada je yang menjual...awal-awal sampai kami cuci mata..survey je dulu....dah nak last day...apa lagi...borong....hehehe..

Okey lah, gambar banyak lagi...tapi malas nak edit..
Nanti ada masa & kerajinan I update lagi ye...

Till then....take care dear fwens...
Love you...!! (^_^)



Monday, February 20, 2017

APA ADA DI GRAND LEXIS PORT DICKSON ??


Assalammualaikum... (^_^)

You all mesti dah sampai ke Port Dickson atau lebih mudah kita sebut PD? Ye lah PD kan di antara salah satu destinasi perlancongan dalam Negara kita ni, tak gitu?

photo credit
Mesti you all terbayangkan pantai yang cantik, penuh dengan aktiviti seperti berkelah, berkemah, memancing, banana boat, haih macam-macam lagi lah.

Di PD terdapat macam-macam pantai, boleh pilih je nak pergi yang mana. Yang pastinya semua cantik-cantik belaka.

photo credit
photo credit
Bukan setakat buat aktiviti kat pantai je, bagi yang mengemari bab-bab sejarah boleh je buat lawatan ke tempat-tempat bersejarah di sekitar PD antaranya Muzium Tentera Darat, nak melawat ke Kota Lukut pun okey juga. 

Kalau suka aktiviti outdoor selain daripada aktiviti di pantai, boleh juga cuba-cuba pergi melawat Rumah Api Tanjung Tuan,

photo credit
Tak pun boleh bawa family ke PD Ostrich Farm. Boleh la you all beramah mesra dengan burung Ostrich kat situ. Beramah mesra?? macam something wrong somewhere je ayat tu kan? heee.. シ

Selain daripada itu, you all boleh juga cuba aktiviti menunggang ATV, memanah pun macam seronok juga. 

Ataupun.....
you all nak cuba lari daripada kebiasaan. Pernah terfikir tak satu pakej percutian yang mewah tapi dengan harga yang berpatutan? Ha…..macam menarik bukan? 

Meh… I nak recommend you all untuk bercuti di Grand Lexis Port Dickson.   


Specialty yang ditawarkan dan hanya terdapat di Grand Lexis Port Dickson sahaja tau, ianya tidak lain dan tidak bukan ‘private swimming pool’nya yang menjadi bualan ramai. Bukan itu sahaja, dekorasi bilik yang modern serta spacious menimbulkan rasa mewah dan selesa buat pengunjung yang datang bersama dengan family mahupun yang datang untuk berhoneymoon. 

Kat mana sebenarnya Grand Lexis ni? 

Dah tentu-tentunya terletak di Port Dickson, Negeri Sembilan ye tak? 

Lokasi?? lokasinya agak jauh sedikit daripada pantai 

Meh tengok Map ni…


Agak-agak payah nak jumpa, on waze saja lah.... Insya'Allah sampai... (^_^)

Grand Lexis ni terdapat tiga jenis accommodation tau, terpulang pada you all nak pilih yang mana.

Meh kita tengok satu persatu and yang bestnya, semua ada private pool. 

Kalau jenis macam I yang segan nak masuk pool awam, memang tempat ni la terbaik. Suka hati le nak buat gaya kuak lentang ke, terjun tiruk ke hape. Aurat pun terjaga bagi kita para muslimah ni. Cuma lokasi sahaja lah yang berbeza.

Jom kita tengok.... 

ABOVE THE SEA VILLA


Memang Villa ini atas air...huhu..

tapi kalau you all ada bawa anak kecil ataupun orang tua tidak digalakkan untuk pilih villa ni, sebabnya Above the Sea Villa ni terletak agak jauh daripada fasiliti seperti tempat makan, lobby, swimming pool dan sebagainya.

SKY LIVING VILLA


ada private pool di setiap villa..

Dah nama pun Sky Living, dah tentunya la letaknya ditempat yang tinggi. Bukan atas air lagi dah. Tengok bilik & pool, wah……..macam best kan??? 

Okey ada satu lagi Villa, iaitu 

GARDEN LIVING VILLA 

Villa ni paling dekat dengan semua fasiliti. Tak perlu jalan jauh-jauh. Cantik ooo villa ni, meh kita cuci mata jap.


See…betul tak I cakap, cantik kan? Kalau ada yang plan nak honeymoon, tak perlu pergi jauh-jauh sangat. 

Kalau rasa dah boring buat aktiviti sendiri kat villa tu, you all boleh try outdoor activities seperti memanah, pergi bersenam kat gym, memancing. You all juga boleh juga sewa tricycle dan mengelilingi kawasan Grand Lexis ni. 

Lapar?? Don’t worry, sebabnya di Grand Lexis ni ade banyak tempat untuk makan .You all nak makan apa? makan ala-ala jepun, macam tempura, sushi dan sashimi, you all boleh pergi ke Genn Japanese Restaurant.


Macam mana dengan makanan western or typical foods? Ha…you all try la makan kat Duyung Restaurant. 

Pada yang minat Karaoke, boleh pergi ke Karaoke Centre sambil nyanyi boleh makan snek-snek ringan. 

Senang cakap, semuanya ada lah….. (^_^) 

So…macam mana, menarik kan? Apa tunggu lagi, jom la buat plan dan cuti-cuti Malaysia di sini.

Sebenarnya terdapat pelbagai jenis hotel yang menarik berada di Port Dickson ni, cuma perlu lihat pada kesesuaian bajet dan citarasa juga. 

Tak perlu risau jika you all susah untuk membuat pilihan hotel untuk bercuti nanti, you all hanya perlu search je di Traveloka, dan di situ Traveloka akan membantu dalam membuat tempahan hotel dengan bijak pada harga yang berpatutan. Maklumat di hujung jari je lorrr.


Apa pun pilihan hotel you all, yang penting enjoy your holiday okay! 
Happy planning for holidays guys!!


p/s : baru je up cerita nak pergi Solo Travel, ha..Grand lexis ni macam best je kan..macam ngam dengan plan je kan? heeee... (^_^)

Friday, February 17, 2017

SOLO VACATION


Solo vacation...memang ada dalam plan untuk tahun 2017 ini..



Mesti ada yang berpendapat yang bercuti bersama keluarga lagi best. Betul, memang tak dapat dinafikan kalau dengan family memang lagi best, 

But....untuk kali ini I nak sendirian untuk seketika je...memang tak pernah pun pergi bercuti sendirian, so apa salahnya mencuba/merasa sekali betul tak?

Banyak juga benifit bila Solo ni, kita lebih independent, kita sendiri yang tentukan apa yang kita mahukan, betul tak? huhu...

I ni dok gebang je...plan je pandai...nak realisasikan tu...entah bila..(-__-)''

Tak habis dengan kerja, kerja yang sentiasa ada deadline. Baru selesai 1, 1 lagi menyusul hingga hujung bulan bawa ke hujung tahun.

Sampaikan I nak cuti selain dari hari Sabtu pun berkira-kira boleh ke tidak, sempat ke tidak nak siapkan kerja kalau I cuti...huwaaaaa...macam mana tu???

Hope apa yang I plan akan menjadi kenyataan....dapat pergi dekat-dekat pun jadi lah...
Insya'Allah Amin... ❤❤❤

p/s: I bukan mengeluh pasal kerja I, I really love my job..cuma berkongsi. 

Wednesday, February 15, 2017

HAPPY BIRTHDAY !!



p/s : how are you? moga happy selalu... (^_-)

posted from Bloggeroid

Friday, February 10, 2017

GAMBAR CURI

" I tengah busy la u..."
" U buat la keje..."

Snap...

Message masuk...



pulak..... (-_~)"

p/s : thank you.. (^_^)

posted from Bloggeroid

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...