Hello Fwens....
Terima kasih di atas nasihat yang you all semua berikan..
Yupp....setuju dengan kata-kata
Kak Zakie... I masuk dunia kerja yang berbeza..dulu terlibat dengan projek dan sekarang ni dengan perkhidmatan...memang dua dunia yang berbeza..
I sedang cuba menyesuaikan diri, sedang belajar sedikit demi sedikit..
I rasa I nak explore semuanya, pada Kakak Admin I suka tanya itu dan ini..Bila ada kerja, I saja menyibuk tawarkan diri tuk buat...heeee.... :P
Bila dua-dua tak ada kerja...I dok tengok pekerja-pekerja kat luar buat kerja...tengok dari atas...nampak semuanya kat bawah tu....dari situ I belajar gak...macam mana nak buat itu..macam mana nak buat ini..
Kalau rasa benda yang pekerja tu pegang pelik-pelik je...I tanya terus pada Akak Admin tu..nah...dapat jawapan..
Okey....ni Mug I kat sini.....Mug Magic...sebab boleh tukar-tukar warna.. bila masukkan air panas dari warna hitam akan bertukar warna kuning..bila sejuk?
bila warna sejuk, jadi warna hitam..macam dalam gambar atas ni..
novel ni peneman setia I dikala kebosanan melanda...
tak payah susah-susah nak beli macam ni...huhu.. :)
Hari Sabtu yang lepas, Akak Admin tu cuti, nah....Encik Boss suruh buat bill untuk customer...katanya ikut particulars yang ada dalam bill yang dia bagi..harga mark up X%..
Nak tengok bill tu macam mana..? meh I tunjuk...
Agak-agak you all boleh baca tak apa yang tertulis pada bill ni...? Jenuh I tenung bill ni cuba nak fahamkan apa ke menda la ni..
Setelah puas menilik, namun masih tak faham...I cuba buka bill-bill yang lain kot ada tulisan yang iras-iras macam ni....result? hampeh tak ada....huhu..
yang ni satu lagi.....kalah tulisan doktor tau.,...huhu.,..
Tak ada pilihan, I turun ke bawah jumpa Encik Boss...tanya sendiri apa yang tertulis atas bill tu...maka Encik Boss pun cakap dengan laju, perkataan-perkataan yang asing di telinga I..
I tanya tuk kali ke dua, nada Encik Boss dah lain...huhuhu...I tahu dia busy...tapi kalau tak tanya...salah...nanti I juga yang kena..betul tak? Walaupun dia ulang tuk kali ke dua, I dapat tangkap sikit-sikit je...
Dengan muka yang konon-kononnya faham, I masuk office...cari bill-bill yang lepas, cuba cari ejaan untuk product tu...tapi tak jumpa juga....
Sudahnya....I pasrah....tulis je la apa yang I dengar...huhu...bila Encik Boss naik nak ambil & sign bill...dia bantai gelak dengan apa yang tertulis atas bill tu...
Rupa-rupanya bunyi sebutan tu sama, cuma ejaan yang berbeza membawa maksud yang berbeza....huhu..patutlah I cari kat bill yang lama tak jumpa-jumpa....hehehehe... :P
I dah kata, I tak faham...dah tanya masih tak faham....nasib badan lah kan..? sudahnya dia yang tulis bill tu sendiri...hehhee...tulisan yang jelas..huruf sejibik..sejibik....hahahaha... :P
Macam nak perli I pun ye juga...tapi apa I kisah...janji lepas ni I tak ada masalah...betul?
See....I makin ok kat tempat kerja ni...hopefully akan terus ok lah....cuba sedaya upaya positifkan diri..
Okey lah...itu sahaja untuk kali ini...nanti I cerita lagi...
Take care dear fwens.,.. (^_^)